LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Friday, December 31, 2010

FUUuuhhUHH!!





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dah start sem baru..:) Almost 2 weeks dah pon.. IPTA lain xtau la,rs2 ada yg blom start lagi, jeles betul la..

Hari tu 19 Dis dah start sem baru, tapi sy balik sini 22 Dis. Thanks God, saya xda ter'miss' 1 kelas pon. Kelas yg dari 19hb tu semua batal. Syukuuuurla.. smpai pagi 22 Dis tu, bru start ada kelas. Nasib baik la tak trlepas..

D reason why balik lambat? 4 sure la sebab Kak As kawin 18Dis tu kaan..Then tiket plak mahal giler 19-21Dis tu. Nak ke Rm800 sehala tau.. So kena la cari yg paling ok la, around Rm536 mcm tu..Alhamdulillah.. Sedih la xsempat coret2 pasal tmpt SIEP n Wedding Kak As.. Yang penting masa wedding dia tu, start bunyi kompang di palu, sya yg menangis terharu biru. Ekekeke.. Kak Long gelakkn kita plak tuu.. (Ni la kan kalau RATU AIR MATA) apa2 keadaan pn nak naaaangis jer. Yg pnting semuanya dah selesai. Tammat. Moga Akak dan abg ipar baru kami bahagia hingga ke anak cucu..

Then masuk crita sem baru. Cop2! Nak citer,skg Air Asia dah ada self check-in tau.Baik on9 mahupun kaunter KIOSK. Naa, nila kaunter tu, (plez ignore d mat saleh.hehe)

Balik dgn crita sem baru. PERHATIAN!Ni FINAL SEM ok, tak lama lagi dah nak abis study. YA ALLAH! mcm xcaya plak. Hmm,minggu kedua dah start byk assignment n program. Brapa ari lepas, Cik Ty n saya g Agropark. Saya dah start masukkan medium tanah dlm polybag utk research Stevia saya tu. Ehem, tapi anak pokok Stevia xsampai lagi la..Susah hati mcm nih!Tak start lagi nih!

Hasil kerja di agropark..hehe..

Ptg tu, kitorg abiskan masa g shopping brg plak kat KB Mall. Mcm2 la nak kena beli..

Padahal ini jer pon...hehe..

Yg bestnya kan, mlm krismas 25th ari tu, dgn baik hatinya Annie Lo sumandak talawa tunaikan janjinya. Ats kcmerlangannya, dia belanja Pizza Hut! POUNSIKOU AR SUMANDAK~. We Luv It!!

Wajah2 gumbira.hahaha..

ok2, then esok kena turun HARI SUKAN FASA. Ni kira program besar Kelab FASA jgk la..Tmpt kat SM Sains Fariz Petra. Kira tompang padang diorg la..Al-maklumla kan, UMK xda padang sendiri lagi..:)

Eh, tu crita esok la kan. Cerita semalam xda apa pon, pagi kelas n pegi pasar. Ptg pun ada kelas (attend 1 hour late,sekian.hehe) Pas habis kelas ptg tu, I tolong2 Cik Ty urus bisnes dia. Ni haa la nak cerita. Cik Ty ni ada business sndri. Lau nak tgk, g FB die ni. cik Ty ni kreatif, sebelum ni dia ada jual shawl jgk, n skg buat Accesories shawl plak. Tgk la,murah dan cantik2..:)

Cute kan? Beli la..:)

K, mlm smlm plak ada Bengkel PRS. Join jer la kan, memeriahkan suasana. Macam biasala, ada ilmu yg kita dapat walaupun tepksa melalui banjir kilat kat UMK nih. Kejap jer kot hujan lebat, tp da bleh banjir.hee..

p/s: Anyway, esok tahun baru and Ahad ni Kelantan cuti..yippi..:)

Friday, December 10, 2010

KO MALU JADI ORANG BUGIS?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dah 3 hari saya buat SIEP kt company nih. So far so good la walaupun 1st day agak janggal utk berkomunikasi dan bertanya. Seolah2 saya ni macam gadis pendiam begitu. Oh, itu sungguh menipu. Menjerit- jerit anak tekak saya, begetar- getar lidah saya dlm mulut ni mo becakap ma diorg. Apa lagi kalau diorg staf2 ni start buat lawak. Macam saya mau sambung seja bha gurauan diorg coz I know, SAYA SANGAT EXPERT PART KASI ORANG KETAWA. yaka?haha..

Ok2, hari ni niat baik saya nak ambil cuti, tau2 la my cousin si Juriansyah nikah plak ari ni. Aigguuuu.. 'dia dan keluarga sibuk nikah di sana, aku sibuk d ofis sini.' Sungguh tidak adil! Tebayang2 n teringat2 kawen Kak Ana (adik pmpuan abg Juri') thun lepas. Sungguh indah nian memakai gaun pengantin. Gaun Pengantin Indonesia ya, spesifik sikit la, Gaun Pengantin Bugis. Sapa yg bakal berkawin dgn saya, saya mo kasitau, kamu mesti pakai begini,haaaaa...

Lokasi : Tawau
Kawin : Abg Ancha & Kak ana

Heee,,gurau seja ya, ndak tau lagi bha mcamana.. (cara ckp macam ada seja yg mau sama dia.Ih, tidak malu si Arlina nih).heeee.. Tapi mami n dadi, uncle2 n auntie dulu2 bgni la diorg kawin, comel kn? Xku terbayang keberatan tgn dan kepala diletak dgn benda2 tu.ngeh3..Jgn xtau..

Perna si kawan Hardianshah ni ckp,

"ciri- ciri bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang punya tulisan sendiri. Bugis ada tulisan sendiri, jadi kira bugis ni bangsa yang bertamadun la.." katanya dgn jitu dan persis.

Eh3, aah kan..naa..jadi jgn la bha kamu malu mengaku Bugis. Yala bha knonnya Bugis ni orang Indon. Pendatang la apa kn? Ah, ko tu, kita kan bugis IC. haha. Jadi ko pikir orang di Malaysia ni semua keturunan moyang diorg mmg asal Tanah Melayu ka? Di Tawau seja pn, punya la byk anak2 Bugis berjaya masuk U. Yang kaya2 pun saya tengok bugis jugak.haha..Ah, sudah. dunia semua tu..

Bangga kita ada tulisan Bugis. Bukan seja adat, budaya dan bahasa. Tapi tulisan. Mami n dadi perna ajar, dari kecil lagi. Tapi tau la bha anak muda ni, malasnya la bha mo belajar. Lau disuru belajar tulisan Cina, Jepun, Korea laju seja ko ya?!


Kdg2 terfikir jgk, sedihnya kalau ank muda di Malaysi ni xbelajar tulisan Bugis. Mesti ditelan dek zaman. Ntah2 yg diorg di Indonesia tu pn malas sudah mo belajar. Aiiiii,sedihnya tu..Pagi td masa breakfeast ada jgk cakap dgn mami,

"Mak, aku mo belajar tulisan bugis bha. Risau aku nanti ditelan zaman tu tulisan."

Tau apa si mami jawab???

"Cakap bugis pun ko tidak lepas, apa lagi tulisan,"

Hahaha, dgn idung kembang2 saya menjawab, "Iga makkeda...?"
(sila rujuk maksud di google engine. hee..xla, sila rujuk maksud di bawah entry)

P/s: Sapa yg berdarah bugis tu, xkesah la keturunan Petta, Andi, Daeng dan rakyat jelata, sama seja kita. Bugis Bone ka, aNdrekan, bulukumba, Pendrang, eh apa lagi ya? semua la! Nanti di akhirat kita dinilai ikut amal, bukan bangsa. heee.. Tapi budaya bangsa Bugis, jgn la kau lupa. Itu kn ilmu jugak.. Bugis Islam bha semua..hee..

Bangsa lain, jgn kamu lupa. Daeng Parani, Daeng Celak' Daeng Merewah dan seangkatan dgnnya ada jasa bha di Tanah Melayu. Ada jugak bha bekas Yang Dipertuan Agung Malaysia orang Bugis. Na, apa ko mo cakap?dorg pendatang jugak?haha..
PROUD TO BE BUGISIAN?

Iga makkeda? = Siapa yang cakap?

Monday, December 6, 2010

HADIAH DARI ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perasan atau tidak, Allah tu kan, sentiasa mengabulkan semua doa dan permintaan hamba-Nya. Cepat atau lambat bukan masalah. Dia ttp akn kabulkan permintaan kita. Lagi2 bila kita berniat baik dan kita sangat2 bergantung harap dengan Dia setelah byk berusaha.

Bila kita usahakan dan berharap akan sesuatu, lantas kita letakkan kebergantungan kita pada Allah dengan yakin, InsyaAllah Dia akan bersama kita, membantu dan mempermudahkan urusan kita. Hadiah dari Allah, setelah lama sibuk sana sini menguruskan tmpt utk buat SIEP akhirnya ada jgk company yg baik hati dan sanggup memberi ruang utk saya belajar ssuatu dr business diorg. Thanks HAI KI BORNEO SDN. BHD! Lusa dah bleh start practical. Alhamdulillah..berkat doa ibu dan kawan2, akhirnya usaha mmbuahkan hasil. Penat tau nak cari tmpt tu, tu la kan org kata,

Setiap kesulitan, pasti akan diselangi dengan kesenangan.
Jangan pernah merasa susah dan berputus asa dari rahmat Allah.
Dia sentiasa ada bersamamu andai kau percaya dia akan memberi pertolongan padamu.
Yakin! Yakin! Yakin!

Nway, salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru, moga setiap amal perbuatan di tahun2 lepas dalam keredhaan-Nya. Moga dosa2 kita di ampunkan Allah. Pada yg mengenali diri, dgn rendah hati saya memohon ampun dan maaf andai pernah melukakan hati kalian.

"Ya Allah, hamba memohon, ampunilah dosa2 kami yg tlh lalu..
Berikanlah azam dan semangat dalam hidup kami..
Kurniakan hati yg bersih dan jiwa yg tenang, dilebihkan sifat mahmudah dan dijauhkn dari sifat mazmumah..
Permudahkan kami dlm menempuh kejayaan dlm setiap impian kami..
Berikan kekuatan kpda kami d saat kami berasa lemah dan kecewa..
Engkau Maha Penolong dan Maha Mengasihani. Hanya padaMu kami bermohon,
Moga Tahun ini lebih baik dari tahu sebelumnya.
Amin.."Thanks Shar, ko byk tolong aku ni kali..ko pun hadiah dari Allah jgk..luv u!

Thursday, December 2, 2010

BIAR PUTUS CINTA, JANGAN PUTUS ALKOHOL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Cantik tak statement tuh? Smlm seharian saya busy cari premis utk tmpt SIEP ngn cik Shar n Mr. Alan. Sampai kat 1 tmpt tuh, area Tg. Batu xsalah kan, ada la kat tepi2 jalan tu, ntah budak mana la kan yg sangat rajin buat conteng2 guna spray tulisan besar plak tu kt wall jalan, bunyinya mcm ayat kat atas tu la..

"Biar putus cinta, Jangan putus alkohol"

heee..I guess la kan, budak tu mesti baru frust bersinta kan? kn? kn? kot ya pun, xpyh la nk buat decoration kat wall jalan. haddoi..size mengalahkan banner paling besar plak tuh..every transport yg lalu lalang, dapat baca woo..

lagi 1 kan, betul ke statement tuh? Bg yg muslim tu kn, nak bgtau la kn, lau dah putus cinta, bukan alkohol yg kita carik. tu haa Tuhan Maha Kuasa. Mintak tolong kat Dia, Mintak di tenangkan hati. Bukan g carik alkohol utk tenangkan hati. Bukan apa la kan, malam ni kita minum knon nak tenangkan hati, tp sok2 pagi kita bangun rasa2 dah lupa semua masalah tu ke? I dont think so la kan? kan? So, lagi better kita dekatkan diri dengan Tuhan utk tenangkan jiwa, sok2 kita bangun, gerenti lagi tenang jiwa dari hari ke sehari. Betul tak? nampak beza dia? Heee..

Saya ni bukan la baik sgt kan, tp sekadar berkongsi, mudah2an la saya tak jadi alcoholic. Benda tu kan haraaaam, tapi saya rs bukan dlm Islam jer, agama lain pn saya rs tak bleh la minum arak ni.. Tak caya, cuba tny kawan2 yg non- muslim. Saya perna tny dgn sorg kawan kristian Seventh Day Adventist (SDA), dia cakap agama diorg pun melarang penganutnya utk minum arak. Hmm..

Lagi 1, ari tu saya ada la jugak tgk2 price 1 tin minuman alkohol tu kn, eh3..mahal rupanya. Baik la minum soya bean ke kan?algi sedap. hEeee.. Biasanya, masa2 mabuk tu la akan ada pergaduhan, accident, termengandung dan sebagainya kan? So, terang2 benda ni mendatangkan byk keburukan dari kebaikan kan?

Sekadar berkongsi jer nih.. Jgnla marah plak ek.. saya cuma kongsi apa yg saya tau..kita sama2 perbaiki diri. Ambil yg perlu dan buang yg tak perlu. Mungkin ada yg punya sebab sndri utk buat benda nih..tepuk dada, tanya iman..:)

Kita sama2 berdoa, moga kita dikurniakan hiadayah dari Allah untuk melakukan banyak kebaikan dan meninggalkan keburukan yg boleh merosakkan diri dan masa depan kita.. amin..

Wednesday, December 1, 2010

TOLONGLAH agro bisnes di Tawau nih, beri kerjasama plez!

Nothing to do, nothing to think of, nothing to say, nothing is nothing..

Betuuuuul.. kat umah ni betul2 xtau apa nak buat.
Duduk umah, jaga rumah. xbleh jalan. Mama hari2 jalan.
I sibuk jaga makan minum adik2.
Mama Sibuk dengan majlis kahwin sana sini. Sibuk jemput semua org untuk majlis kahwin kakak nnt.
Heeeeeisssssyh...!!

Hari2 pening pikir kat mana nak buat SIEP nih. Mcm biasa la, universiti I nih kan, rajin buat program untuk student. Lina, jgn la merungut okey. Pogram nih kan untuk kebaikan di masa depan. biar susah2 sekarang..

Program SIEP nih makan masa 10 hari, tempat premis utk jalankn prgrm pn blum dapat. Belum nk buat laporan lagi. Heisyh, skg dah 2hb, cuti ada 16 hari lagi. Nanti start 10hb mesti dah busy giler2 urus wedding kazen n kakak. Arrrrgh! Bleh ke nak siap nih? Skg ni pun bari fully recover dari sakit yg memanjang. Haddui, tolong la premis2 agro business kat Tawau nih, tolong la beri kerjasama. Jgn la kedekut ilmu kat student mcm aku nih! bukan nk curi mklumat bisnes korg pn, nak bljr jer..haiyyaa~ susah sangat..

Dah contact byk premis, ada yg bg kerjasama, tp didnt reply lagi. Yg di call plak, tak phm dgn apa yg kita ckp. Lau camni, kena pegi semua premis tuh. Kan senang kalau ada lesen, ada kereta sendiri, bleh nak round mana2 pn. skg ni kena susahkn org lain plak hantar sana sini. Eeeeee...!!!

Marah ni sebenarnya. Tapi bila ingat mama cakap hari2, mama kata,
"Doa la selalu, mudahan la ada premis yg nak bagi kerjasama.."
Lina jawab dalam hati, "Amin Ya Rabb, moga doa mama diperkenan Allah cepat2."
Kak As pun perna pesan, "cuba sabar, kalau sabar n tenang, mesti dapat punya.."
(tapi ni Kak As cakap utk Kak Ain yg tgh gelabah membebel cari parking kat tgh bandar. pusing 5-6 kali masi xdapat parking keta. haha. Bleh pakai kan?kih3)