LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Thursday, September 30, 2010

SALAHKAH AKU BERCINTA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Fuuuuuuuuuhhhh~ Alhamdulillah, selesai lagi 1 program dlm MPI.

Malam tadi (kira mlm tadi sbb skg ni dah pukul 2am harap maklum yer..), Satu forum Bicara- Muslim telah dilaksanakan dan berjalan dgn lancar. Syukur ke hadarat Ilahi, kernaMu yang hadir untuk memudahkan segala urusan kami dalam menjayakan program td. Moga semua yg hadir beroleh keberkatan dan mendapat keampunan Allah s.w.t. Amiin..

Tajuk yg dikupas malam ni kira hangat jugak la. Salahkah Aku Bercinta? Salah keeee...?hee..Menarik persoalan tu kan?Moderator malam ni sgt istimewa, Encik Burhan bin Che Daud selaku pensyarah kat Pusat Pengajian Bahasa. Syukurlah, penyampaian juga cukup jelas oleh ahli2 panel (Prof. Madya Dr. Russanani bt Hasaan dan Dr. Noor Hisham bin Md. Nawi). Ahli panel hebat2 belaka. InsyaAllah setiap ilmu yg disampaikan dapat diterima oleh semua audians dan diambil sebagai peringatan dan pengajaran buat diri kita. Amiin...

Panel2 yg mantap!

Sapa datang untung tau..dapat buku flyers comel~

Hmm,ramai jugak yang datang mlm td. Jarang2 tau, saya ulangi jarang2 tau bila ada forum pasal agama, dewan akan penuh dan ramai mcm mlm td. Kalau konsert nyanyi or others yang berbentuk hiburan, jgn heran la,kdg2 tempat xcukup tau. Syukur sgt2, Allah s.w.t telah melembutkn hati2 itu utk datang ke majlis ilmu.. so yg dtg td, berbahagialah anda! Tahniah kerana telah dipilih oleh Allah s.w.t..

Ramai kan?Inilah insan2 pilihan Allah s.w.t~

Terlalu byk yg igin dikongsi, tapi memandangkan pagi nt saya ada Seminar, so saya cuba ringkaskan dan cuba highlight benda yg penting dlm forum ini. Secara kesimpulannya la kan, ni la....

Nah, maksudnya jangan biar cinta dan hawa nafsu menguasai jiwa kita. Kejarlah cinta Allah sebelum kamu mengejar cinta manusia. Cinta yang tidak berlandaskan niat lurus ke jalan Allah pastinya akan membawa ke jalan kehinaan dan kebinasaan. Xpercaya? try la...heee..

"Bukan Cinta yang menguasai kehidupan manusia, tapi biar manusia yg menguasai dan mengurus cinta serta hawa nafsu"

Lepas abis S.A.B tu, kami ada meeting untuk Malam Simfoni Kasih lusa plak. Penyanyi nasyid UNIC yg datang okey malam tu buat konsert kat UMK nih..So, dun forget to buy ticket, only RM2 only tau. xrugi~

After that sambung plak meeting utk preparation explorace tarbiyyah esok..Padtu pukul 1 pagi tu baru la siap dan balik hostel. exhausted, lapar.heee..(Malu!Malu!heee)


Muka tersangatla exhausted. hee..

K la, wanna sleep. Esok kena bangun awal plak utk hadiri 1 lagi majlis ilmu. T crita ea..dadaaaa...Wallahualam..

Sekadar membiarkan hati bersuara~

EHEM, EHEM,EHEM..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Ehem, ehem ehem! Ohok, ohok, ohok! Ya,batuk2 kunun ya...Hee..

Just wanna share. Well, everyone knows I'm a 'speky' gurl kan. But dah lama xpakai sebab kehilangan my spek tu.. Then I try to use lens plak. Tapi oleh sebab dari raya 2 minggu lepas lagi saya punya ulser kat mata tu xpandai nak hilang2 sampai ke hari, saya xbleh la pakai lens. Nak pedih mata tu jadiknya..So, terpaksa la kan spend some money utk beli spek baru. Terpaksa jugak la mintak sapot kat mak..Unhappy sebab sekali lagi susahkan family :'(.. Ceeeeehh,touching plak,k ni la spek baru yang tak seberapa nak mahal.. tak mampu la beli yang mhl2 ni.. :p
Ni la bha spek tu..mesti d jaga sbb pakai duit org tua saya..hee..Tlong la muka.maaf ya buat anda kurg senang dgn picture ini.hee..

Nak kongsi sikit, last 2 days something happen inside my room. Xnak la cerita kan, sebab seram sgt..Biar saya n roomate saya seja yang tau pasal benda2 gni. So that nyte mmg xdapat nak tidur. Padahal dah cukup risau sbb esoknya tu kelas start at 8am, kelas kat P.Tembak plak. Jauh dari T.Bendahara. So pukul 7.30am kena ada kat bwh dah.. I'm really tired sbb buat assignment mlm tu. Pastu mmg not enough sleep.. Kehilangan waktu tidur mnyebabkan pagi tu berlaku ini..

1. Bangun pagi, hemat diri, besiap daaaaaannn sambung tidur dgn pakaian lengkap kuliah.(Sebab tgk jam masa tu awal lagi. 7.15am.hee..awal lah sgt~)

2. Went to Ruzy's room and wait for her sambil tidur d tepi katil budak bilik dia for 2 minutes. (Mmg xsenonoh)

3. At 7.35am, waiting for the UMK bus sambil duduk tertidur for 2 minutes. (Ramai org masa ni, xkesah la yg pnting saya mau tidur..ngeeee).

4. At 7.40am, masuk perut bas UMK, took a seat n trus tidur. Perjalanan lebi kurg 1/2 jam, jadi masa yg sgt baik utk tidur...=)

5. 8.10am, sampai ke kelas, then kelas start. Nak nangis pun ada masa ni sbb dengar kawan2 present sambil nak tertidur..Tahan ngantok!sangat3!

Heeee..kredit to Nisa yg baik hati. Dia duduk sebelah saya on that time. She really concern about my situation. She offer me pegi 7e yg ada dekat2 situ. Haha..So, saya kuatkan semangat utk berjalan sambil menutup mata dgn dipimpin oleh nisa utk berjalan mcm org buta. Sampai 7e, I bought iniiiiiiiiiiiiiii.....
Ya, syukur..Thanks to God, thanks to Nisa oso..Nisa mmg baik. Saya dah tak ngantok lepas tu n can concrntrate to the class presentation. (ye ke...?heee..)

Dua org yg bajet comel..heee..tp comel jugak la kn? Nira (pink) and Nisa' (Grey)

Gembira lepas habis present..lega~

Sekarang sedang busy dgn tugasan dan jugak minggu MPI. Lepas siap buat esemen semalam, I spend my time to finish up all things utk Explorace Tarbiyyah Jumaat ni. Ya, walau saya xdapat tolong waktu hari explorace sbb kena join seminar sehari plak kan.. I try to help dan beri my best punya bantuan.. Sekadar yg mampu la..
Ni la antara yg betungkus- lumus sampi ke lewat malam, semata- mata ingin menjayakan progrm MPI..I luv u all..

Sekadar membiarkan hati bersuara..

Tuesday, September 28, 2010

Mungkin betul cakap Shar.. Aku kena terima yang sebenarnya memang itu untuk aku..

Tapi aku rasa tak salah kalau berharap untuk memiliki yang lebih baik buat diri sendiri..

Mungkin jugak kemahuanku hanya terbaik di mataku tapi tidak di mata Tuhanku..

Atau mungkin aku yang terlebih gelojoh dalam menilai sesuatu..

Tapi aku takut kemahuanku dan sikap ini membuatku bakal kehilangan apa yang sudah ku genggam.. Aku tak mahu kehilangan sesuatu yang berharga di depan mata kerna kegelojohan untuk mendapatkan sesuatu yang belum tentu untukku. Lina, jangan sampai ‘Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran’

Perlukah aku mengalah? Ikhlaskah aku ni? Mungkin ku harus mensyukuri apa yang ku peroleh sekarang.. Ya Allah, hadirlah dalam setiap urusan dan ketetapan hati dalam menilai dan memilih sesuatu.. TanpaMu takda dayaku..Amin’

Sunday, September 26, 2010

MPI vs BIOENTREPRENEURSHIP SEMINAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Minggu lepas kira minggu yg tersaaaaaangat la jugak busy.Ehee.. Ujung minggu diisi dgn baik sekali. Tahniah cik Lyna! Anda mnyeru nasihat Prof Ib utk menyibukkan diri dengan kerja nampaknya. Sikit la...=)

Hari Jumaat lepas, pagi nan indah diserikan dgn kesibukan perlaksanaan Program pertama, BIDADARIKU'10 dlm Minggu Penghayatan Islam (MPI). BIDADARIKU adlh program khas buat wanita. Nak tau apa yg ada dlm progrm nih? Meh kita cerita2..

9 - 10.30 am: Ceramah 'Kerana dirimu, begitu berharga'.

11 am - 2 pm : Slot Khas bersama Majalah Dara.com. They talk about grooming ( Penampilan diri & make up).
Ex- Editor DARA.COM

4 - 5.30 pm: Sukan Rakyat. Ehem, utk wanita sahaja ya..~
Curi ambil dari bilik saya.hee..

9 - 11 pm : Behind D Beauty. Ni pertandingan busanah muslimah la..


Nah, busy kan..Then, besoknya ada program BIO- KEUSAHAWANAN plak. Aiya, Wajibul- gunna untuk budak FASA. Thanks ya FASA sbb paksa kami dtg. Mmg patut dtg owh..hee.. Sampai2 dapat tentatif. Mak aih, rupanya 5 ceramah sekaligus. Ehem, moga2 tidak tewas! Hee..

Program ni start 8.30 am until 3.30 pm. Oho, sekian. Saya gembira. Hee..belakang sangat sakit sebab duduk dgn tersangat lama. Ni la pengisian yg kami dpt;

1. Challengers Facing Environment Consultant by Mr. Shamsol Azhar Ismail, General Manager, Wiranda (M) Sdn. Bhd.

2. Natural Resources Entepreneurship in Quary Industry by the Director of Kijang Kuari Sdn. Bhd.

3. Zoo Eco- Tourism by Dr. Mohamad Bin Ngah, Director Zoo Negara.

4. Exotic Fish Breeding (Ikan Kelisa/ Arowana) by En. Sahibol Anwar Arba'e

5. Halal Insutry Potential by Dr. Nor Azman Ngah, HDC Malaysia.

Yah, mmg sakit belakang kan? Penat semalam belum hilang, penat hari ni bertambah. Owh,sekian! Wallahualam..

Sunday, September 19, 2010

GARY JUL..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Takziah buat keluarga GAry Jul (SMEXALDIAN'04-05'), salah seorang sahabat seperjuangan di zaman sekolah, SMSLD yg begitu peramah, baik hati dan sentiasa membantu rakan2nya dlm pelajaran dan hal lain. Arwah juga sgt penyabar dan sentiasa melayan kerenah rakan2nya.. Lelaki yg sentiasa tersenyum jika diusik, jarang sekali melihat kemarahannya di hadapan kami...

Moga Allah mengampunkan dosa2nya, Moga arwah memaafkan setiap kesalahan rakan2 kepadanya. Moga roh ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh.

p/s: Untuk sahabat2 yg masih hidup, saya ingin memohon sejuta kemaafan andai pernah melukakan hati kalian. Tiada terniat menyakiti, sekadar gurauan mesra sngai ikatan tanda sayang saya pada anda semua..

“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

THE ROAD NOT TAKEN

BISMILLAHIRRAHAMNIRRAHIM..

The Road Not Taken, mcm pernah dgr kan? 1 poem dlm buku teks zmn skolah dlu.. Wow, masih ingt lagi nih..hee.. I think this is d best title utk entry nih.

Mo mbebel sikit bha ni.. Tau x, masa 17 Sept balik menuju ke airport KK utk fly ke KL hari tu, actually saya belum beli tiket ke KL-KB. Tidak utk tiket bas, train mahupun flight. Owh, gila bunyikan? musim raya buat hal. Sampai2 Aiport KK try contact Miss Ty atau nama manjanya Ayu utk dgr khabar tiket bas KL-KB. Berita buruk, tiket dah habis!!!!!Ya, tiket bas utk 17,18,19 Sept dah abis! Di mana ku ingin tinggal bila smpai KL t?

Terus terang, bingung. Nasib baik la flight ke KL ptg krg, so saya masih ada masa fikir alternative utk balik kelantan.

Pilihan pertama: Amek risiko, sampai LCCT pukul 7.40pm tu, naik bas ke KL-Sentral, then naik KTM kom ke PWTC. Then jalan kaki ke Hentian Putra. Semata- mata nak check available ticket utk sok pagi tu. Then kalau xda, merempat la di mana2..Nak tumpang family kt KL pn ssh , coz smua balik Twu beraya lagi..Nak tumpang umah kawan takut nyusah plak~ aiya..

Pilihan kedua: Senang, dah alang2 kat airport, just book flght ticket KL-KB. Dah check, RM217. Mak ai~ mahal la, mahal la..Dah abiskan hampir RM1k utk balik raya nih. bingung3!


Ya, abg saya call. Mengadu dan akhirnya berita tersebar smpai ke Kak As dan family kt Tawau. Gawat! Saya telah buat semua org risau, susah hati.. Acin saya pun suh amek jer flight. Tapi diri tetap berdegil utk amek risiko naik bas. Yaa..Sampailah suatu saat...

Mak call. Lemah semangat, meruntun jiwa dengar suara ibu ni bha..suara risau. Alaaaaahai! napalah ibu tau..Ibu, mana nak kasi I naik bas, takut dia..risau sgt2..Dia suh I beli jer flght tcket. Tht's better than I amek risiko naik ini itu, bukan pernah pun amek jalan pilihan pertama tu. camtu..sorg2 plak tu..mlm plak.. Okey, mengalah. I beli tiket flght. Nampaknya ujung sem ni saya bakal menyusahkan mak bapak lagi.. Duit dah byk abis ni. Bajet lari. Haiya~ kesian la..rasa bersalah sgt2 nih..Nway, Luv U mak.. byk sgt mak bkorban utk anak2 dia..tak mampu ku balas dgn wang ringgit bejuta sekalipun.. :'(

Okey, beli tiket, RM217.. Ptg tu, hujan la plak, so filght KK-KL delay about 50 minutes, nasib baik la sempat smpai n check in utk fly ke KL-KB. Drift pilot tu kot..cepat kio smpai..Thanks pilot sbb memahami..<3>


Sekadar membiarkan hati bersuara~

Saturday, September 18, 2010

RAYA KU INDAH..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Di rumah sgt bahagia, smpai saya terlupa utk membuka laptop juga..:) Lappy tersimpan kemas d dlm beg dari mula saya balik kmpung smpai la ke hari saya pulang..hebatkn saya?

31 Ogos- 3 Sept 2010
Persinggahan pertama sblum smpai ke bumi Tawau adlh Kota Marudu. Ehem, tmpt practical lama bha.. Bersinggah utk bertemu warga kilang. Ya..begitu la tu...hee..Terima kasih utk Kak Binah n family yg kasi sa tumpang di hotel 5 bintang diorg.. Akhirnya rindu saya pada adeq2 n kawan2 terubat jgk..Tp syg saya tidak byk ambil gmbr sana..
Sedikit berubah sudah sekarang. Langkon maju. hee..

3 Sept 2010
Ptg tu bergkat ke terminal Inanam utk pulang ke Tawau, Bumi tercinta saya, destinasi sebenar saya.. Tidak trus ke Tawau sbnrnya sbb kak As singgah ambil d LD. akan gerak ke TWU bersama beliau dan abg Nasa ke Tawau esoknya..

4 Sept 2010
Ya.ptg itu kami sudah smpai. Thanks abg Nasa yg tahan mata drive walau pn tgh berpuasa..hee.. Lepas naik rumah kejap salam cium smua, saya pun turun balik dan bershopping brsama kakak, abg2 n ank2 buah. Shopping raya kan..padahal masa tu saya trsgt penat. Kepala pusing tau~

Oya, naik rumah ja, trus tengok ada org baru plak dlm umah ni bha..Saya perkenalkn, Nur Alya Adriana Bin Muhd. Asri, mergkap anak buah saya..

5-16 Sept 2010
Di rumah sibuk mmbuat persiapan. Sudah hmpir 4thun, saya tidak pernah berbuka puasa di rumah dan berterawih di kmpung.. Kali ni semua pulang beraya.. Lama xdapat kumpul begini. Kalau buka puasa ramai2 tu kn, bapa mcm bangga bha punya anak2nya sudah besar smua..haha

Ya.. raya kali ni puas bejalan. Tapi sudah besar, jadi angpau semakin kurg,sekian..:)

Malangnya raya ke-2 saya sakit mata. Ada ulser dlm kornea mata. bygkn...pedih sakit mcm ulser di mulut tu tau..naa..sakit kn?Mlm tu trus p hospital..
paksaan mmbuka mata.ulser di sebelah atas mata itam.Tidak dpt buka.cahaya ba..pedih sgt2

Raya ke-4 masih gatal kaki bha bejalan jgk ma kawan2..Ya, cinta saya..SMSLD..kamu la cinta saya smua..abis mcm 9 umah jgk kami round tu ari..mnyebabkan saya 2-3 ari kejang perut sebab tmpau makan n minum..haha..sila timbang berat anda selepas ini..sekian..:)
Lokasi: Di rumah saya ini..

Meraikan kegembiraan 10thun persahabatan

Persinggahan terakhir..malam sudah ni.exhausted semua ya~

16 Sept 2010
Mlm tu gerak naik bas Twu- KK bersama abg n ank buah..Ya, entry pasal ni nt2 la cerita..pnjg cerita sedih saya..heee..

17 Sept 2010
Di bumi kelantan~

Sekian:)

Sunday, August 29, 2010

BALIK KAMPUNG!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dengan sukacita saya memaklumkn yg saya akn pulang ke kampung halaman, tanah tumpah darahku, SABAH BUMI BERTUAH!

Wah3, saya sgt teruja! Esok kelas full dari 2.00ptg sampai 10.00mlm. Flight saya 10.35mlm. Ehem..jadi phm2 sejal ah..trpksa jugak walau saya betul2 mau dtg kuliah. Penting tu kuliah.. tolong jgn repot dgn lecturer ya. Saya terpksa.. kmpung saya jauh betul bha.. :'(

Apa2 pun, saya sdh beli sedikit ole2.. Byk blum terbeli, sbb saya exhausted btul bha masa d pasar td. So saya memilih jln pulang untuk berehat..

Sampai Sabah nt saya tidak terus pulang ke rumah. Saya fly ke KK, so saya akn stay umah family angkat dlu, insyaallah brgkt ke Tawau 3hb Sept nt..gilir2 ya.hee..

p/s: Tidak kesabaran untuk memijak bumi SABAH! Sekian, itu seja..

Saturday, August 28, 2010

C.E.R.I.T.A S.E.D.I.H S.A.Y.A


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Di sini saya bersedih.. Ptg tadi ada pasar tani di blkg kampus mcm biasa sbb hari ni hari sabtu. Saya tidak punya masa utk keluar pegi Bandar KB utk shopping2, lagipun tidak punya kawan. Kawan2 yg lain sudah pun siap shopping masa saya pegi PWTC. Serius saya sedih…

Lagi sedih bila pegi pasar tadi, tidak byk pilihan. Pastu semua peniaga kelam kabut packing brg sebab hari sudah mau hujan lebat.

Tambah2 lagi sedih bila beli makanan di bazaar. Macam biasa, kalau pegi bazaar hanya 1 gerai jadi pilihan saya. Cuma dan hanya gerai makcik area blkg tu seja. Tapi td saya pusing2 cari tu makcik dan kelibat ank2nya. Saya tidak jumpa..:( Terus hilang selera saya. Xbleh masuk mknn lain ni. Jadi saya hanya berbuka dgn Air Kelapa + Ayam goreng Jabar seketul yg kecil tu. Ya, itu seja saya sungkai.. Pastu saya pegi solat terawih..sedih kan?

Saya lapar..:(

Itu seja..sekian~

p/s: org tua cakap jgn telampau gembira di siang hari, nanti malam kita menangis.. Betul mmg.. Pagi sampai tghari tadi saya betul2 ceria gembira sentiasa. Lapang dada dan bersuka hati. Jadi dekat masa berbuka saya bertukar jadi sedih.


Thursday, August 26, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA YB DATO' SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN BERSAMA MAHASISWA/I SABAH.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya, sperti yg digembar- gemburkan oleh saya 20hb Ogos lepas, akhirnya saya dpt jgk mnghadiri majlis sungkai (buka puasa) tu.. byk saya ingin kongsikan. Mau kongsi byk photo2 yg men'jeles'kan sesetgh pihak, tp batery phone abis plak.. harap maaf!

Majlis gilang- gemilang tu di buat di Dewan Merdeka, PWTC. Oleh sbb tmpt trsebut jauh dr bumi kelate ni, so kami anak2 Sabahan UMK dah gerak dr UMK pukul 7.00 pagi smlm lagi.. sptutnya ada 23 org yg join, tp yg ada hanya 19 org. Ya, sedikit kecewa, tp xpa.. ttp mau hepi jugak bha..:) Bila tayar bas UMK start jalan seja, semua start menutup mata balik T___T. Isyh3..
Kira2 3.45 ptg kami singgah untuk solat dan bersiap. Ntah di mana la tmpt tu..4.45 ptg kami gerak mngejar Dewan Merdeka. Kami takut tu dewan lari bha..hee.. Sudah tidak sabar berjumpa anak2 Sabah dari seluruh IPT di perantauan. Area 5.30 ptg, akhirnya kami sampai. Turun dari bas, ada org mnjerit nama yang bapak saya kasi,
"ARLINA!". Ya, saya sgt kenal itu suara. Itu suara Baby (UniMaP)! Ya, saya pun bkejaran lari memeluk Baby.Then, daftar n trus masuk dewan.

Cari posisi yang paling 'cun' utk duduk makan. Saya pilih meja tgh. Kebetulan anak buah saya si Hamzah pun ada dtg. Yatie, Pe'ja, Budie pn meja dkt2 saya jugak. Jadi senang mo searching durg jgn bikin lari. Haha.. Kira2 6.15 ptg, majlis start dgn ceramah dari Ustaz yg mmg terkenal, Ustz Ridwan Tee. Seronok pengisiannya, tidak sekadar brcerita tntg puasa, tp cerita pasal baby luar nikah dan pemakanan yg baik ketika berbuka puasa. Semua student dan VIP sgt terhibur. gelak2 mo pengsan ya..
Keriangan anak2 Sabah..
Lepas YB dtg, kami siap utk berbuka.. Azan seja trus doa n ngap! Hee..maaf, anda tidak dibenarkan utk makan berat trlebih dahulu ya, makan kurma dan kuih2 seja dulu, okey? Solat Maghrib berjemaah dulu bru masuk dwn makan balik ar.. Nah, ni la antra hidangan yg ada..
Lps perut knyang, semua org beredar utk solat Isyak dan terawih. Nah, org sibuk solat terawih, kami plak sibuk menunggu ketibaan Cik Echa, Cik Rini, Cik Ju n Cik Emma. Ya, kami jumpa Budie n Ashari jgk. Bertahun tidak berjumpa dgn jiran saya ni. Jiran seja, tp baru skrg dpt jmpa. Hee.. Bgtu jgk dgn junior2 SMSLD. Excited sungguh! Maaf, kami tidak dapat mengawal diri. Macam dewan tu kami yang punya! Haha..
Warga SMSLD yg hadir. Ramai lagi, nt la upload.hee..
 
Lepas org ramai solat isyak dan terawih n penat mlepas rindu dan snap pic, kami yg berterabur ni luar dwn ni pn d halau masuk, begini Encik tu ckp, "Masuk dewan cepat kalau mau duit raya." Nah, gatal2 terus tgn kami..haha..
Mlgkh ke dewan semula utk mneruskan acara sambil cuci mata. Mndgr ucapan2 politik dan persembahan dari 2 kumpln nasyid. Best la jgk, smpai ada budak cina yg meremang bulu romanya. Aik, eran ya..hee..dan endingnya..jeng3..Duit raya..Nah,smua org dpt bha..jgn ko risau. Hee.. Na, ni na duit raya kami. RM50/org.

Wajah bahagia.. Thanks Dato', Terima kasih Tuhan.. rezeki Ramadhan~
Pastu majlis pun tamat. Semua bersurai..Kira2 12 tgh mlm, kontinjen UMK pn pulang... Thanks kpd semua yg terlibat. Tahun depan jumpa lagi..:) Oppps, saya sudah thun akhir, so adik2 seja la yg dapat pegi tahun dpn. Moga tahun dpn duit raya berganda jadi RM100/org. Amin.. Hahaha..

Sekadar membiarkan hati bersuara~