LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Wednesday, February 2, 2011

MY STEVIA TISSUE CULTURE (PART 3)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Wei Lyn ada sedikit rajin mo tekan2 keyboard lappy ni malam.. Dengan syarat siap saja ni entry, sila menghadap assignment n nota2/buku2 yg patut study before TEST next week!

Petang tadi, seperti hari2 yang lain, pergi ke lab, progress my Stevia yg kian bertumbuh tu. Kian bertumbuh kulat, fungi, bakteria segala! Ya Tuhan.. Sangat tension la bila tgk PTC yg kita buat ni xpndai nak sterile2!

Cantik kan kalau tumbuh bersih macam nih?

Shoot2 yg saya culture 25 Jan lepas, ada 1 jer yg sterile betol2! Daripada 14 botol yg saya culture, hanya 1 jer yg btul2 sterile! Asyik ulang ayt sama Cik Wei Lyn nih.heee..
Actually ada jugak la yg nampak macam sterile, tp segan la plak nak declare betul2 sterile..

Then, 28 Jan ari tu, ada jugak la saya culture dlm test tube, nak try2 la kan sebab org ckp better masa sterilization stage kita guna test tube. Macam ni ha..

Lebih kurg macam ni la saya buat.. Macam pelihara baby dlm test tube plak kn? :)

Test tube muncung dia kecil, tak macam botol tissue culture atau petri dish, permukaan besar. So senang la segala bakteria nak masuk.. Yang guna test tube ni, setakat ni sterile lagi..
Ada jugak 2-3 test tube yg xsterile explant dia sebab masa nak masukkan ke dalam media tu, tgn ketar2 ckit. Tak pun mmg saya xcukup basuh explant tu. Tu yg jadi tu ^_^

Yang paling sakit hati, explant2 tu contaminated, tapi pndai plak pucuk2 bertumbuh segar dlm tu! argghh... very the sayang sekali. Daun tumbuh tp explant dah xbleh guna sbb dah xsterile. Umpama tanam pokok atas tanah, pastu pokok berbuah tapi buah2 tu semua berulat! Grrrrrr..

Skrg masi berada di stage yg pertama. Tak sabar masuk stage terkhir!

Tak sabar la nak masuk ke 2nd stage.. 2nd stage ni dah la makan masa 35 hari nak siapkan. Jangan jer xsempat sudah.. Selagi xdapat explant yg betul2 sterile, mmg xdpt la nak teruskan ke 2nd stage. due date hantar 1 April 2011. Very the takut that date.

Hrpan saya la.. Tolong la Ya Allah.. Tolongla hambamu ini. Lindungi explant2 saya, supaya jauh dari bakteria fungi dan sebagainya.. -_-

Wei Lyn xkan mengalah. Wei Lyn xkan menyerah! Wei Lyn mesti semangat! Semangat! Jgn jatuh! Xbleh mengalah!!!!!!!
(hamek semua merah2 semangat membara!)

p/s: Kena byk2 kan solat hajat. Kena buat solat hajat tiap malam la.. Moga Allah permudahkan kerja saya. AMIN..

Monday, January 31, 2011

B.A.R.A.N

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Sorry!

Minggu yang membosankan walaupun sedikit bahagia.

Minggu yang stress dan buat saya baran.

Tidak punya mood utk menaip2 nih!

Tidak punya mood jgk untuk membaca sebarang buku ilmiah walau sudah tau next week banyak test.

Tinggal sendiri di hostel buat saya macam sedikit meroyan.

Maaf pada sapa2 yang terkena tempias marah saya.


Sorry la siapa yang gurau dengan saya di waktu yang tak betul nih sampai saya hilang sabar dan teriak2 sambil marah memberi amaran..

Kesulitan ini adalah tidak disengajakan.

Sekian..

Tuesday, January 25, 2011

TIRED - TIRED HEPI :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Really tired! Saya baru lepas balik dari celebrate besday boy, William Voo together with Annie, Ganes and William Ng. Actually we want to make suprise la knon, tapi surprise xseberapa menjadi la..jadi jugak la sikit- siiiikit. Hee..

Mulanya kami nak pegi Restoran Vegetarian, tapi tutup la plak..
Punya la Cik Lyna ni kempunan. Excited masuk restoran tu but then the waitress cakap, "HABIIIIIS" (Keluar dengan hampanya).
Then kami pun jalan2 cari makan. Akhirnya, terjmpa la 1 tempat yg saaangat menarik perhatian kami ber-5. Nah, ni tmpt tu.

Menarik kan?

Pena pegi tak sini? Tadi pun baru 1st time jugak la pegi. 1st impression saya,
"Wwwwaaaaaahh~ cantik la tempat ni.."

Heee.. saya puas hati dengan kedai makan ni. Bersih, Cepat, Menarik, Private, Exclusive, Layanan baik and yg paling penting: MURAH ..
Ingat kedai standard ala2 4 bintang ni mahal la semua menu, tapi rupanya MURAH. standard price la..hee..

Anyway kami semua enjoy and hepi2, al maklumla, di siang hari masing2 busy dan sakit kepala dgn FYP n asssignment.. Lagi2 nak balik cuti nih. Semua nk kena settle awl2. Except me. Saya tak balik cuti CNY. Sekian.heee..

Saya suka ini kek! Miss Sabah really much!

Nyammy..

together we UNITED. ahaha

Cop2!! Cakap pasal FYP, teringat my Stevia Tissue Culture. Mmg sgt2 ssh la nak buat.
Should giving a lot of efforts on that! Latest progress, 2/24 explant saja yg still alive without any contamination. 50% xhidup and got fungi/ bacteria, 50% new shoot produce but got fungi/ bacteria oso. Haiiiizzz..

First tgk tu, nak give up jgk la rasa. Well, kita observe bnda ni hmpir seminggu apa.
At last contame jgk. Tapi bila tgk geng2 experiment yg lain, jadi semangat balik.
Aiya, biasala kalau buat Tissue Culture prtama kali xjadi.. Kena ulang, dan ulang lagi sampai la kita btul2 mahir n get the sterile explants.
Akan ku ingt pesan Dr. Dwi Susanto, "Keep trying. Latih dan terus berlatih".
So, Cik Lyna, dun give up!!!!!!! I know you can do it. Still got time ma dear.. :)

For those yang always encourage and supporting me, Terima kasih la byk2..
Moga Allah permudahkan kerja kita semua ek.. :)

Saturday, January 22, 2011

HOW TO DO MS MEDIA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

MS Media? Apa tu? Heee.. MS Media ni singkatan untuk Murashige Skoog Media. MS Media digunakan dalam pertumbuhan tumbuhan melalui kaedah kultur tisu. Ayat skema ek cik Lyna nih. For more information, search2 la kawan baik kita Mr Google tu, mesti ada punya! Ni link, click HERE.

Now saya nak cerita pasal amcm nk buat MS Media nih. Masa tahun 2 kat U dulu, kitorg ada jgk buat MS Media ni manually.. Not easy ok. Byk chemical yg kita kena kenal utk prepare medium nih. Isyh3..check it out in the link that I gave b4. Hee.composition yg ada dlm Ms Medium tu kena tpt tau berat dia semua..

Then, untuk FYP saya, saya direct guna serbuk MS Media yg dah siap2 ada bhan semua dlm tu. Tapi..tak semudah tu tau, ada beberapa perkara kita kena top up plak. Jom2.. Follow this step. Hee..

1. Sediakan 1.16 g serbuk MS Media yg dlmnya dah lengkap macronutrient, micronutrient dan bbrapa bhn organic yg perlu utk pertumbuhan.

2. Larutkan 100 ml distilled water (air suling) bersama serbuk tadi.

3. Masukkan 7.5 g sucrose pada larutan td dan top up distilled water hingga capai 200 ml.

4. Check pH larutan dgn pH meter. Mesti 5.6 - 5.7 jer tau. Kalau bacaan di bwh 5.6 (terlalu berasid), kita perlukan cecair NaOH 1.0 M utk menaikkan pH tu semula. Kalau atas 5.8 plak, kita kena gunakan NaCl untuk menurunkan pH itu semula.

5. Dah settle, masukkan 2.5 g serbuk agar- agar ke dlm larutan dan top up air smpai 250 ml.

6. Serbuk agar2 tu susah nak dissolve dgn mudah, kena masukkan ke dlm autoclave (121 drjh celcius, selama 15- 20 minutes) tuk sebatikan semua larutan.. Kena pkai bottle blue cap tu tau..
Oya, bottle2 tissue culture pn kena masuk autoclave skli. so that bottle tu sterile la..


7. Then, after autoclave, kena la tuang larutan agar2 tu segera ke setiap bottle tissue culture ..
250 ml for 6 bottles. kena cepat sblum larutan mmbeku, ...hee..


8. Semua bottle perlu di seal dgn parafilm, kemudian d letak 18 jam d suhu bilik, then bleh la letak dlm freezer..hee..

Siap! Masa ni xda parafilm, so saya guna aluminum coil utk gnti.hee..

Tu cerita minggu lepas, cerita hari ni. 3/24 explants yg saya culture dah contaminated! Sedih3.. ni semua pasal parafilm tu. parafilm loose cepat la.. tengok la apa jadik :'(







Xtau nak cakap apa.. mengntuk .sekian :)

Wednesday, January 19, 2011

M Y STEVIA TISSUE CULTURE

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Wah3, tersangat la busy skg nih! Masa sikit untuk ber'blogwalking' apatah lagi nk post entry. Tak lama lagi kuruih la saya kalau asyik pulang balik hostel ke makmal kampus. Very tired la jadi final year nih! Really2 tired!! (Oppps, ni bukan 1 kind of mengeluh ok, ni saja melepaskan penat- bukan sama ka?heee)

Now saya nak kongsi2 sikit lagi about my FYP. Dah 1 bulan sem 8 ni start, tapi rs macam 10% jer FYP saya ni gerak.. Delay sebab pokok dtg lambat da~. Haiyyya.. since anak pokok dah dtg, now saya dah smpai stage sterilization. Eh, kepada yang belum tau, skrg Ms. Arlina Patawari tgh buat Stevia Tissue Culture. Tau tak Stevia tu apa? Slalu terjadi dialog mcm nih,

Perhatian: Warna hijau mewakili dialog saya, dan biru mewakili dialog org ramai.

"Arlina, FYP u buat apa?"

"Stevia Tissue Culture..."

"Stevia? Apa tuh? xperna dgr pun. Pokok ke?"

" Ya.. sejenis pokok sweetener. Fungsi dia lebih kurg mcm gula tebu jgk la.."

"So, apa beza dia dgn gula tebu tuh?"

"Erm, Stevia better than sugar cane yg kita pakai sejak dulu tu. 200 kali lebih manis daripada gula tebu. Stevia ni non- kalori, xmcm gula yg bleh bwk seribu 1 pnyakit sebab kandungan kalori yg byk. Stevia slalu diguna utk org2 yg mnghidap penyakit kencing manis, obesiti dan sebagainya.. Yg pnting Stevia saaaangat baik utk org yg diet. So, kalau gantikan stevia dgn gula, boleh la minum yg manis2 lagi..:)"

Panjang lebar plak ek?hee.. Normally org regenerate pokok Stevia ni by Cuttings (keratan batang) bcoz seed germination for Stevia ni sangat2 la poor. Susah nk hidup. Thats why Stevia ditanam melalui keratan btg.. :)

Since that, kaedah yg lagi baik digunakan yang kita sebut sebagai Plant Tissue Culture. It is not easy to do tissue culture, maybe jadi, maybe tak. Tapi kena la challenge diri utk buat benda ni kan..? Yang penting mesti bersungguh- sungguh! Pasni I share2 kat korg plak ek amcm nk buat kaedah Tissue culture nih. Tungguuuu..~

Sunday, January 9, 2011

MAMA, AKU dan KASUT CINDERELLA



Precaution: Entry ni sebenarnya entry lama, tapi takda la lama sgt kan.. Sengaja di- update semula sebab tertarik dgn contest yg Bro Sudirman CLICK HERE tawarkan. Hee,sebenarnya bukan nak kejar hadiah contest tu sgt (padahal mau jugak sbnrnya.hehe) tapi saya betul2 ikhlas nak bagi org dengar crita tentang mama.. check it out :) Thanks Bro Sudirman sebab baca..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tiba-tiba ber'mood' utk bercerita tentang mama. Ehee..penangan rindu mama kot nih. heeee.. boleh kan saya cerita tntg mama saya. Boleh bha kan..?

Biarla saya pecahkan beberapa rahsia mama. Supaya anaknya yang degil2 sikit ni sedar, mama dah byk bekorban utk saya.. Hari ini 1 cerita ya..

Masa saya masih bongsu kan, saya ni byk mau nya. Prinsip saya masa tu, SAYA MESTI DAPAT APA SAYA MAU.TITIK! (ko jgn..budak2 dulu pun ada prinsip ok..hee..). Malu plak kalau ingat.

Dulu2 kan, ni cerita masa saya darjah 2 kalau tidak salah. Dari kecil, setiap kali mama+bapak pegi shopping, saya mesti nak ikut. Kalau tak ikut, nangis jerit2 biar 1 Kg. Muhibbahraya tu dengar! Huh.. Setiap kali jalan kan, mesti ada yang saya mau beli. Peduli la mahal atau tak, yang penting saya MESTI NAK DPT BENDA TU!

Napa la saya takda otak pikir samada mama mmpu byr atau tak apa saya mau tu kan? Bila ingat2 balik, rupanya saya ni high demand! Semua yg saya mau barang up-2-date. Kadang yg limited edition. Haha.. paling saya ingat kn, kes KASUT CINDERELLA.

Bertutup transparent begini

Cantik dari yang ini..

Mama bawak p kedai kasut. Tolong pilihkan kasut utk saya dgn mncari harga berpatutan. Saya tertengok kasut Cinderella (transparent+silver bahagian tapak+tumit tinggi 2 inch).. Im only in standard 2 okey, apehal la demand macam orang tua punya taste kan?? buruk betul perangai! Kasut tu, Cantik di display (sebab mahal kan,huh). Memang berjaya la penjual kedai tu, sebab saya tertawan hati dengan cara dia display barang mahalnya. Mama kasi try kasut2 lain, takda saya mau. Kasut itu saja yang saya mau.

“xpayah. Mahal tu, duit mama xcukup.” kata mama sambil menarik tgn saya utk pergi dari situ. Tau apa saya buat? Berdiri mcm tugu Negara, keras di depan kasut tu. Saya jerit, “Mau yang ini jugak!”. Seingat saya, saya beguiling bha di lantai masa tu..hahahahaha..

Napa la saya tak fikir perasaan malu mama dengan salegirl and customer2 yg ada di situ tu kn? Tau apa lagi jadi lepas tu? Saya menangis bagi 1 bandar Tawau tu dengar. Setelah penat mama memujuk dan menahan malu dgn semua customer di situ, mama mengalah. Akhirnya kasut tu jadi milik saya.

Napa saya tak fikir mungkin mama xdapat beli benda lain sebab habiskan badget utk beli kasut tu? Saya ingat lagi, mama takut bapak tengok kasut tu.Mama sorok kasut tu di kotak tmpt ayam kami bertelur. Di bawah kolong.

Napa saya tak fikir kenapa mama takut ya? Padahal memang jelas di wajah mama kereshana tu. Mungkin ada barang yg bapak minta beli tak terbeli sebab saya kan? Tapi akhirnya ketahuan jugak..hehe.. Napa saya tak terfikir masa tu, mungkin gara2 kasut tu mama dan bapak akan bergaduh kn?

Mak, maafkan Lyna. Lyna tak pernah terfikir semua tu..Lyna tak tau berapa banyak mak tahan malu sebab kedegilan saya. Bukan sekali begitu, berkali- kali. Belum kes basikal, patung Barbie, Tora. Aiya.. banyak lagi tau..

Terlalu dimanjakan sebenarnya tak bagus untuk budak macam saya..:)

Mudahan la saya bukan dikira derhaka masa tu..aku khilaf,eheee…


Mama dan saya (11 bulan)


Saya dan mama

Apa pun.. saya sayang mama saya. Saya mesti buat mama bangga dengan pencapaian saya. Mama terlalu banyak bekorban untuk saya. Terlalu banyak mendidik dan menasihati saya. Mama buat semua tu sebab mama sentiasa tau kehendak dan keperluan saya, tak kira dari saya kecik sampai dewasa. Biarpun skrg saya masih menuntut jauh di pandangan mata mama, mama masih tak pernah lupa untuk memikirkan dan risau tentang saya. Ma, Lyna tau, sebesar- besar mana pun ,doa, kasih syg dan kesenangan yg Lyna bagi di masa depan untuk mama, Lyna belum rasa nikmat dan kepuasan untuk menyamai rasa cinta dan pengorbanan mama buat kami semua. Ma, banyak dosa Lyna dengan mama.. Ampunkan Lyna mak… I miss U ma.. :’(

Saturday, January 8, 2011

FYP oh FYP

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Setiap kali bangun Subuh, setiap kali saya buka mata melihat dunia (penipu la padahal lihat syiling and meja study dulu.heee) mesti ada sedikit debarab di hati nih.
Hmm, very the risau skrg nih, dah masuk minggu ke-4 semester 8 ni berjalan.

Ya Ampun! Saya punya research belum lagi mula. Alala..kalau ikut schedule yg saya buat last semester, patut 9th Jan 2011 dah masuk stage ke-3 research. Hari ni sepatutnya dah kena masuk 2nd stage (Multiplication) Tissue Culture ni. Means dah telepas seminggu lebih untuk buat semua ni.

Bukan saja2 tau nak tangguh2 ni.. The big problem is the Stevia's seedling belum dapat lagi.
So how can I do stem cuttings or start my Tissue culture process?
Dah 2 minggu lebih saya prepare medium untuk stem cuttings, tapi tak bleh start tanam lagi sbb anak2 pokok tu la.. saya risau la nanti tak dapat finish all the research on time~
Early of March dah kena present and finishkan semua bnda2 yg belum settle.

"Ya Allah, Engkau pengatur sekelian makhluk di muka bumi, hamba bermohon, Kau permudahkan la setiap urusan kami dalam menempuh kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Amin"

p/s: Kadang risau bila tengok diri telampau rilex on this final sem. Haiyya...!!!

SAMI YUSOF DATANG MALAYSIA!!

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM..

Petikan album lama..penuh penghayatan gtu~

Sami Yusof?? familiar x dengan nama ni? Macam pernah dengar kan, tapi dah lupa?
isyh3..tp kalau cakap pasal lagu nasyid yg cukup popular kira2 2-3 tahun lepas mesti tau ni..
Lagu 'Al- Mu'alim' tu..ala..ingt x?
cuba check balik kat folder nasyid kat pc korg..mesti ada punya..heee..

ni petikan daripada video klip Al- Mu'alim

I'm the one yg minat beliau. Cara beliau menyampai dakwah melalui hiburan ni saaangat menusuk kalbu. Lagu2 beliau mendapat tmpt di hati saya.
Oppss..hee.. video klip pun seeeemua best2! Selain lagu 'Al- Mu'alim', lagu 'My Mother' pun tmasuk video klip lagu tu saaaangat menyentuh hati dan perasaan.
Mungkin rangkap2 dalam lagu tu buat kita menghayati lirik tu Align Centerlebih. Banyak lagi lagu beliau yg best2.

Tau apa lagi yang best beliau ni? Dia bukan hanya fasih berbahasa Inggeris dan Arab, tapi beliau jugak fasih menggunakan bahasa Hindi, dan beberapa bahasa lain.
Beliau belajar di banyak tempat. Dan orangnya pun sekacak Maher Zain jugak..:)

Ya la..mungkin skrg nama Maher Zain naik kan, so Sami Yusof ni xnampak sangat dah..
Actually beliau pun mcm Maher Zain jgk.. :)
Dia yang famous kat Malaysia dulu sblum Bro Maher Zain kita tu..

Dipendekkan cerita, saya terbaca kat blog Hafiz Hamidun (sila klik nama Mr. HH tu) bekas ahli kumpulan nasyid UNIC tu kan... dalam sekitar bulan Februari ni, Sami Yusof nak buar konsert kat Malaysia!!! Dalam mempromosikan album baru beliau, Wherever You Are.
WAaaaaAAaaaa..nak pegi la..dah bertahun saya tunggu peluang nih? Nak pegi la.. :'(

Thursday, January 6, 2011

FILEM MAGIKA, AWESOME!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perna dgr tak pasal filem Magika?
Eh2, sebelum ni pun xperna dgr, cuma masa g KB ngn Cik Ty bru ni, terjumpa la VCD crita ni kan, so tak tau la kenapa Cik Ty bersungguh- sungguh nak beli. So, endingnya beli la..



Dipendekkan cerita, malam tu jugak saya ngn Cik Ty Tengok crita tu.
Wah3.. hebat jgk ek crita ni. Hm, ala2 crita Fairy Tales Omputeh tu. Ala..mcm teater musical la.. Nak kata macam Hindustan tak jugak, tp mcm crita kartun Cinderella or crita2 alam fantasi mcm tu la..

Yg dasatnya kan, tak salah saya la, crita ni menelan belanja hampir RM3 juta!
Eh, silap2. Actually RM3 juta tu just untuk bayar pelakon2 dia. Banyak kan? Nak tau sebab apa? Tu haa... Pelakon pun pelakon handalan tanah air mcm M.Nasir, Mawi, Diana Danielle,Aznil Nawawi, Ziana Zain (lama Kak Ziana tak belakon kn? Lasst film dia Maria Mariana kot yg saya tgk), Maya Karin dan ramai lagi la. Gabungan mantap la diorang nih.

Ni la sebahagian barisan pelakon yang menjayakan crita nih

Crita Magika ni sebenarnya crita pasal pantang larang n keprcayaan org2 tua jaman2 dlu yg tak bagi anak2 keluar rumah dekat2 magrib nih (berapa byk ulang2 la..).
Ada kaitan dengan alam bunian la..jom intai2 sinopsis crita nih.

Crita ni mengisahkan bagaiamana dua beradik tersesat di alam bunia seleaps terjatuh ke dalam perigi waktu nak magrib macam tu.
Ayu (Diana Danielle) berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran dlm menyelamatkn adiknya, Malik (Fimin Don) yg diculik nenek kebayan yg cantik (Ziana Zain).
Ayu bernasib baik kerana dia dapat bertemu Bad, atau lebih glamour Badang (Mawi) yg byk membantu Ayu.

Crita ni jugak kaya dgn mitos dan kisah lagenda Melayu, macam watak Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Lagenda dan Batu Belah Batu Bertangkup dan orang minyak.
Wah3, crita2 lagenda bergabung dlm 1 crita. Tak ka best tuh?hee..
Watak2 lagenda ni pun dimainkan oleh pelakon handalan tau, termasukla geng Senario, Apek, Vanida Imran, dan ramai lagi..

Ni semua imaginasi jer, kita pun tak tau dunia bunian yg betul tu mcmana kan.. Tp crita ni memang lucu n romantik jugak la..heee...:)
Nak tengok, tengok. Tak nak tengok sudah..hee..

Sunday, January 2, 2011

KARNIVAL SUKAN FASA mmg BEST! BEST! BEST!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Enjoy d gambar2 n d entry :)

01.01.2011

Bangun seawal pagi, mandi, besiap, naik bas, turun bas dan sampai la kat SM Sains Tengku Mhd Faris Petra (SMSTMF). Wah3, tika kaki melangkah masuk tu kan, wktu tgk Guard diorg kan, mcm terimbas lak zmn2 skola dlu. Sbb saya pun product SBP jgk.. Product Sm Sains Lahad Datu (SMSLD). ehehe..tp bukan nak citer pasal ni pon..

Ok, smpai sana terus menuju ke tapak khemah. Khemah ikut kursus masing2. nyata saya menuju ke tmpt yg kaler ungu2.. SBS (Agrotech)

Nampak kan yg ungu2 tu..nampak kan?kan?

Tak byk nak crita pun, xrmai pioneer FASA yg datang, a bit disappointed jgk la, nasib baik la adik2 junior ramai memeriahkan sesuasana. This is d 1st n d last kita yg pioneer ni join Karnival Sukan FASA tau. Meriah la tgk budak2 ni perbarisan.

Antara yg setia di awal pagi.hee..tahniah kawan2.hehe

Acara kawad mmg buat kami tgelak hepi. Bukan kami jer tau gelak2 tepi padang, Prof Ib, Dekan Fakulti pun bleh gelak hepi tgk gelagat junior2 nih. Apa taknya, maskot tiap pasukan kawad semua cute2,comel2..

Maskot Kumbang, Dinosour, Lebah, Kotak2, Strawberi, Mushroom dan Ayam Emas.
Ya Allah..mmg happening lah! Sampai ketawa golek2 atas padang rumput kami dibuatnya. (oh, ayat sudah melampau.hehe..). Tak kurg jgk kreatifnya budak2 ni buat formasi. Biarpun singkat jer masa nak belatih,tp hasil diorg sangat baik.. Tahniah adik2..:)

Angkatan perbarisan.ehehe..

SUKSIS. Setia membawa bendera.hehe..

SBS!!
(Harus di'bold'kan sebab ini course saya.ehehe)
SBT

SBH

SBP

Not only that tau, lepas kawad tu plak ada cheer leading dr tiap pasukan. Erm, ni I no komen la..Tp mmg best la jgk tgk.hee..

Macam nak menari zapin pun ada diorg nih.hehe

Salah 1 maskot penting!hehe..

Lepas acara bacaan doa, ucapan pembukaan Prof Ib, nyanyian lagu kebangsaan, lagu UMK, dan akhirnya kita ke Acara kemuncak: tarik tali antara pasukan pelajar n staf FASA.


Ehem, Prof Ib jadi pengadil masa nih. Walaupun kondisi kesihatan beliau xberapa mengizinkan, ditambah plak hujan renyai2 yg bleh mnyebabkan semua sakit demam, beliau ttp jgk turun padang memeriahka suasana. Of coz la kan,beliau mmg BAPA yg btnggungjwb. Sentiasa beri sokongan dan semangat kat kitorg semua. So, dont buat2 lupa dengan pesanan beliau masa buat ucapan perasmian tu ek..AKADEMIK ttp no.1 ya~

Apa2 pun, moga Karnival selama lebi kurg 20 hari ni berjalan dgn lancar. Xsabar nak tau siapa yg menang. SBS? SBT? SBN? SBH? SBG? SBP? SBK? Eh3,mana2 la pun kan..kita tunggu n lihat saja nt. Masing2 pun ada kekuatan dan kelemahan. yg pnting objektif tercapai.. :)

silaturrahim..

jadi..........

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. heeeee..

Friday, December 31, 2010

FUUuuhhUHH!!





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dah start sem baru..:) Almost 2 weeks dah pon.. IPTA lain xtau la,rs2 ada yg blom start lagi, jeles betul la..

Hari tu 19 Dis dah start sem baru, tapi sy balik sini 22 Dis. Thanks God, saya xda ter'miss' 1 kelas pon. Kelas yg dari 19hb tu semua batal. Syukuuuurla.. smpai pagi 22 Dis tu, bru start ada kelas. Nasib baik la tak trlepas..

D reason why balik lambat? 4 sure la sebab Kak As kawin 18Dis tu kaan..Then tiket plak mahal giler 19-21Dis tu. Nak ke Rm800 sehala tau.. So kena la cari yg paling ok la, around Rm536 mcm tu..Alhamdulillah.. Sedih la xsempat coret2 pasal tmpt SIEP n Wedding Kak As.. Yang penting masa wedding dia tu, start bunyi kompang di palu, sya yg menangis terharu biru. Ekekeke.. Kak Long gelakkn kita plak tuu.. (Ni la kan kalau RATU AIR MATA) apa2 keadaan pn nak naaaangis jer. Yg pnting semuanya dah selesai. Tammat. Moga Akak dan abg ipar baru kami bahagia hingga ke anak cucu..

Then masuk crita sem baru. Cop2! Nak citer,skg Air Asia dah ada self check-in tau.Baik on9 mahupun kaunter KIOSK. Naa, nila kaunter tu, (plez ignore d mat saleh.hehe)

Balik dgn crita sem baru. PERHATIAN!Ni FINAL SEM ok, tak lama lagi dah nak abis study. YA ALLAH! mcm xcaya plak. Hmm,minggu kedua dah start byk assignment n program. Brapa ari lepas, Cik Ty n saya g Agropark. Saya dah start masukkan medium tanah dlm polybag utk research Stevia saya tu. Ehem, tapi anak pokok Stevia xsampai lagi la..Susah hati mcm nih!Tak start lagi nih!

Hasil kerja di agropark..hehe..

Ptg tu, kitorg abiskan masa g shopping brg plak kat KB Mall. Mcm2 la nak kena beli..

Padahal ini jer pon...hehe..

Yg bestnya kan, mlm krismas 25th ari tu, dgn baik hatinya Annie Lo sumandak talawa tunaikan janjinya. Ats kcmerlangannya, dia belanja Pizza Hut! POUNSIKOU AR SUMANDAK~. We Luv It!!

Wajah2 gumbira.hahaha..

ok2, then esok kena turun HARI SUKAN FASA. Ni kira program besar Kelab FASA jgk la..Tmpt kat SM Sains Fariz Petra. Kira tompang padang diorg la..Al-maklumla kan, UMK xda padang sendiri lagi..:)

Eh, tu crita esok la kan. Cerita semalam xda apa pon, pagi kelas n pegi pasar. Ptg pun ada kelas (attend 1 hour late,sekian.hehe) Pas habis kelas ptg tu, I tolong2 Cik Ty urus bisnes dia. Ni haa la nak cerita. Cik Ty ni ada business sndri. Lau nak tgk, g FB die ni. cik Ty ni kreatif, sebelum ni dia ada jual shawl jgk, n skg buat Accesories shawl plak. Tgk la,murah dan cantik2..:)

Cute kan? Beli la..:)

K, mlm smlm plak ada Bengkel PRS. Join jer la kan, memeriahkan suasana. Macam biasala, ada ilmu yg kita dapat walaupun tepksa melalui banjir kilat kat UMK nih. Kejap jer kot hujan lebat, tp da bleh banjir.hee..

p/s: Anyway, esok tahun baru and Ahad ni Kelantan cuti..yippi..:)

Friday, December 10, 2010

KO MALU JADI ORANG BUGIS?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dah 3 hari saya buat SIEP kt company nih. So far so good la walaupun 1st day agak janggal utk berkomunikasi dan bertanya. Seolah2 saya ni macam gadis pendiam begitu. Oh, itu sungguh menipu. Menjerit- jerit anak tekak saya, begetar- getar lidah saya dlm mulut ni mo becakap ma diorg. Apa lagi kalau diorg staf2 ni start buat lawak. Macam saya mau sambung seja bha gurauan diorg coz I know, SAYA SANGAT EXPERT PART KASI ORANG KETAWA. yaka?haha..

Ok2, hari ni niat baik saya nak ambil cuti, tau2 la my cousin si Juriansyah nikah plak ari ni. Aigguuuu.. 'dia dan keluarga sibuk nikah di sana, aku sibuk d ofis sini.' Sungguh tidak adil! Tebayang2 n teringat2 kawen Kak Ana (adik pmpuan abg Juri') thun lepas. Sungguh indah nian memakai gaun pengantin. Gaun Pengantin Indonesia ya, spesifik sikit la, Gaun Pengantin Bugis. Sapa yg bakal berkawin dgn saya, saya mo kasitau, kamu mesti pakai begini,haaaaa...

Lokasi : Tawau
Kawin : Abg Ancha & Kak ana

Heee,,gurau seja ya, ndak tau lagi bha mcamana.. (cara ckp macam ada seja yg mau sama dia.Ih, tidak malu si Arlina nih).heeee.. Tapi mami n dadi, uncle2 n auntie dulu2 bgni la diorg kawin, comel kn? Xku terbayang keberatan tgn dan kepala diletak dgn benda2 tu.ngeh3..Jgn xtau..

Perna si kawan Hardianshah ni ckp,

"ciri- ciri bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang punya tulisan sendiri. Bugis ada tulisan sendiri, jadi kira bugis ni bangsa yang bertamadun la.." katanya dgn jitu dan persis.

Eh3, aah kan..naa..jadi jgn la bha kamu malu mengaku Bugis. Yala bha knonnya Bugis ni orang Indon. Pendatang la apa kn? Ah, ko tu, kita kan bugis IC. haha. Jadi ko pikir orang di Malaysia ni semua keturunan moyang diorg mmg asal Tanah Melayu ka? Di Tawau seja pn, punya la byk anak2 Bugis berjaya masuk U. Yang kaya2 pun saya tengok bugis jugak.haha..Ah, sudah. dunia semua tu..

Bangga kita ada tulisan Bugis. Bukan seja adat, budaya dan bahasa. Tapi tulisan. Mami n dadi perna ajar, dari kecil lagi. Tapi tau la bha anak muda ni, malasnya la bha mo belajar. Lau disuru belajar tulisan Cina, Jepun, Korea laju seja ko ya?!


Kdg2 terfikir jgk, sedihnya kalau ank muda di Malaysi ni xbelajar tulisan Bugis. Mesti ditelan dek zaman. Ntah2 yg diorg di Indonesia tu pn malas sudah mo belajar. Aiiiii,sedihnya tu..Pagi td masa breakfeast ada jgk cakap dgn mami,

"Mak, aku mo belajar tulisan bugis bha. Risau aku nanti ditelan zaman tu tulisan."

Tau apa si mami jawab???

"Cakap bugis pun ko tidak lepas, apa lagi tulisan,"

Hahaha, dgn idung kembang2 saya menjawab, "Iga makkeda...?"
(sila rujuk maksud di google engine. hee..xla, sila rujuk maksud di bawah entry)

P/s: Sapa yg berdarah bugis tu, xkesah la keturunan Petta, Andi, Daeng dan rakyat jelata, sama seja kita. Bugis Bone ka, aNdrekan, bulukumba, Pendrang, eh apa lagi ya? semua la! Nanti di akhirat kita dinilai ikut amal, bukan bangsa. heee.. Tapi budaya bangsa Bugis, jgn la kau lupa. Itu kn ilmu jugak.. Bugis Islam bha semua..hee..

Bangsa lain, jgn kamu lupa. Daeng Parani, Daeng Celak' Daeng Merewah dan seangkatan dgnnya ada jasa bha di Tanah Melayu. Ada jugak bha bekas Yang Dipertuan Agung Malaysia orang Bugis. Na, apa ko mo cakap?dorg pendatang jugak?haha..
PROUD TO BE BUGISIAN?

Iga makkeda? = Siapa yang cakap?

Monday, December 6, 2010

HADIAH DARI ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perasan atau tidak, Allah tu kan, sentiasa mengabulkan semua doa dan permintaan hamba-Nya. Cepat atau lambat bukan masalah. Dia ttp akn kabulkan permintaan kita. Lagi2 bila kita berniat baik dan kita sangat2 bergantung harap dengan Dia setelah byk berusaha.

Bila kita usahakan dan berharap akan sesuatu, lantas kita letakkan kebergantungan kita pada Allah dengan yakin, InsyaAllah Dia akan bersama kita, membantu dan mempermudahkan urusan kita. Hadiah dari Allah, setelah lama sibuk sana sini menguruskan tmpt utk buat SIEP akhirnya ada jgk company yg baik hati dan sanggup memberi ruang utk saya belajar ssuatu dr business diorg. Thanks HAI KI BORNEO SDN. BHD! Lusa dah bleh start practical. Alhamdulillah..berkat doa ibu dan kawan2, akhirnya usaha mmbuahkan hasil. Penat tau nak cari tmpt tu, tu la kan org kata,

Setiap kesulitan, pasti akan diselangi dengan kesenangan.
Jangan pernah merasa susah dan berputus asa dari rahmat Allah.
Dia sentiasa ada bersamamu andai kau percaya dia akan memberi pertolongan padamu.
Yakin! Yakin! Yakin!

Nway, salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru, moga setiap amal perbuatan di tahun2 lepas dalam keredhaan-Nya. Moga dosa2 kita di ampunkan Allah. Pada yg mengenali diri, dgn rendah hati saya memohon ampun dan maaf andai pernah melukakan hati kalian.

"Ya Allah, hamba memohon, ampunilah dosa2 kami yg tlh lalu..
Berikanlah azam dan semangat dalam hidup kami..
Kurniakan hati yg bersih dan jiwa yg tenang, dilebihkan sifat mahmudah dan dijauhkn dari sifat mazmumah..
Permudahkan kami dlm menempuh kejayaan dlm setiap impian kami..
Berikan kekuatan kpda kami d saat kami berasa lemah dan kecewa..
Engkau Maha Penolong dan Maha Mengasihani. Hanya padaMu kami bermohon,
Moga Tahun ini lebih baik dari tahu sebelumnya.
Amin.."Thanks Shar, ko byk tolong aku ni kali..ko pun hadiah dari Allah jgk..luv u!

Thursday, December 2, 2010

BIAR PUTUS CINTA, JANGAN PUTUS ALKOHOL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Cantik tak statement tuh? Smlm seharian saya busy cari premis utk tmpt SIEP ngn cik Shar n Mr. Alan. Sampai kat 1 tmpt tuh, area Tg. Batu xsalah kan, ada la kat tepi2 jalan tu, ntah budak mana la kan yg sangat rajin buat conteng2 guna spray tulisan besar plak tu kt wall jalan, bunyinya mcm ayat kat atas tu la..

"Biar putus cinta, Jangan putus alkohol"

heee..I guess la kan, budak tu mesti baru frust bersinta kan? kn? kn? kot ya pun, xpyh la nk buat decoration kat wall jalan. haddoi..size mengalahkan banner paling besar plak tuh..every transport yg lalu lalang, dapat baca woo..

lagi 1 kan, betul ke statement tuh? Bg yg muslim tu kn, nak bgtau la kn, lau dah putus cinta, bukan alkohol yg kita carik. tu haa Tuhan Maha Kuasa. Mintak tolong kat Dia, Mintak di tenangkan hati. Bukan g carik alkohol utk tenangkan hati. Bukan apa la kan, malam ni kita minum knon nak tenangkan hati, tp sok2 pagi kita bangun rasa2 dah lupa semua masalah tu ke? I dont think so la kan? kan? So, lagi better kita dekatkan diri dengan Tuhan utk tenangkan jiwa, sok2 kita bangun, gerenti lagi tenang jiwa dari hari ke sehari. Betul tak? nampak beza dia? Heee..

Saya ni bukan la baik sgt kan, tp sekadar berkongsi, mudah2an la saya tak jadi alcoholic. Benda tu kan haraaaam, tapi saya rs bukan dlm Islam jer, agama lain pn saya rs tak bleh la minum arak ni.. Tak caya, cuba tny kawan2 yg non- muslim. Saya perna tny dgn sorg kawan kristian Seventh Day Adventist (SDA), dia cakap agama diorg pun melarang penganutnya utk minum arak. Hmm..

Lagi 1, ari tu saya ada la jugak tgk2 price 1 tin minuman alkohol tu kn, eh3..mahal rupanya. Baik la minum soya bean ke kan?algi sedap. hEeee.. Biasanya, masa2 mabuk tu la akan ada pergaduhan, accident, termengandung dan sebagainya kan? So, terang2 benda ni mendatangkan byk keburukan dari kebaikan kan?

Sekadar berkongsi jer nih.. Jgnla marah plak ek.. saya cuma kongsi apa yg saya tau..kita sama2 perbaiki diri. Ambil yg perlu dan buang yg tak perlu. Mungkin ada yg punya sebab sndri utk buat benda nih..tepuk dada, tanya iman..:)

Kita sama2 berdoa, moga kita dikurniakan hiadayah dari Allah untuk melakukan banyak kebaikan dan meninggalkan keburukan yg boleh merosakkan diri dan masa depan kita.. amin..

Wednesday, December 1, 2010

TOLONGLAH agro bisnes di Tawau nih, beri kerjasama plez!

Nothing to do, nothing to think of, nothing to say, nothing is nothing..

Betuuuuul.. kat umah ni betul2 xtau apa nak buat.
Duduk umah, jaga rumah. xbleh jalan. Mama hari2 jalan.
I sibuk jaga makan minum adik2.
Mama Sibuk dengan majlis kahwin sana sini. Sibuk jemput semua org untuk majlis kahwin kakak nnt.
Heeeeeisssssyh...!!

Hari2 pening pikir kat mana nak buat SIEP nih. Mcm biasa la, universiti I nih kan, rajin buat program untuk student. Lina, jgn la merungut okey. Pogram nih kan untuk kebaikan di masa depan. biar susah2 sekarang..

Program SIEP nih makan masa 10 hari, tempat premis utk jalankn prgrm pn blum dapat. Belum nk buat laporan lagi. Heisyh, skg dah 2hb, cuti ada 16 hari lagi. Nanti start 10hb mesti dah busy giler2 urus wedding kazen n kakak. Arrrrgh! Bleh ke nak siap nih? Skg ni pun bari fully recover dari sakit yg memanjang. Haddui, tolong la premis2 agro business kat Tawau nih, tolong la beri kerjasama. Jgn la kedekut ilmu kat student mcm aku nih! bukan nk curi mklumat bisnes korg pn, nak bljr jer..haiyyaa~ susah sangat..

Dah contact byk premis, ada yg bg kerjasama, tp didnt reply lagi. Yg di call plak, tak phm dgn apa yg kita ckp. Lau camni, kena pegi semua premis tuh. Kan senang kalau ada lesen, ada kereta sendiri, bleh nak round mana2 pn. skg ni kena susahkn org lain plak hantar sana sini. Eeeeee...!!!

Marah ni sebenarnya. Tapi bila ingat mama cakap hari2, mama kata,
"Doa la selalu, mudahan la ada premis yg nak bagi kerjasama.."
Lina jawab dalam hati, "Amin Ya Rabb, moga doa mama diperkenan Allah cepat2."
Kak As pun perna pesan, "cuba sabar, kalau sabar n tenang, mesti dapat punya.."
(tapi ni Kak As cakap utk Kak Ain yg tgh gelabah membebel cari parking kat tgh bandar. pusing 5-6 kali masi xdapat parking keta. haha. Bleh pakai kan?kih3)


Saturday, November 27, 2010

KEEJA JGN MERUNGUT, BARU ALLAH AKAN BG REZEKI LEBIH DGN KITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah, lama betul xupdate. Sakit teruk bha saya..
Ujian dari Allah, dari 8hb smpai skg ni xpndai nak sehat2..Xpayah la nak citer amcm sakit nih. Moga diberi kesembuhan. Allah nak hapuskan dosa2 kecil la ni..
InsyaAllah..InsyaAllah..(ala2 Maher Zain nyanyi gtuww)

Nway, skg kat Tawau, Sabah. Kg halaman bumi tercinta. Sedang menikmati perlawanan bola Align Centerantara MU vs BlackB'n bersama org2 tercinta.
Bingit bising 1 umah nih. Padahal dah tgh2 malam.
Ya ampuuuun.. Setakat ni dah 6-0 yer puan2 dan tuan2..hehe..eh2, pahal citer pasal bola lak ni kan2?

Kat umah tersgt la jarang2 kluar sbb mak yg sibuk kuar sana sini. Musim cuti ujung tahun mcm skg nih, semua sibuk nak kawin. Hattoi.. Si kakak pun sama. Dia kawin, kami yg sibuk jgk jadi wedding planner. Wah3, mcm byk benda kena fikir utk dia. Best2.. I like. Best la jadi wedding planner ni. Td pn sibuk buat hantaran. Untuk gift n bunga telur, Cik Ty, bakal ipar n kawan2 akak ada tolong. Ya Allah, terima kasih la semua..

Okey2, back to the tajuk entry kan, td masa mkn mlm kan, mama, Kak As dan saya ada sedikit mesyuarat anak- beranak. Kira sesi dari hati ke hati la jugak.ahaha..
Saya selaku pendengar sahaja, titik. Kak As selaku kakak kehormat yg sllu brtungkus lumus bkerja utk biaya kami beradik2 ni cakap dlm 1 nafas (menipu,haha),
"nanti esok2 bila dah keja, jgn merungut dgn tugasan yg bos bagi. Dia minta kita buat, kita buat la. Jgn mengeluh. Dah ko tu org bwhn dia. Kalau org kat tmpt keja minta tolong pn, kena tolong jgk. Suatu masa kita ssh, diorg plak tolong kita. Jgn mengeluh dgn kerja n pertolongan. Kalau mengeluh, mcm kita ni xbersyukur dgn kerja dan rezeki yg Allah kasik, boleh jadi rezeki kita akan di tarik balik."

hah, nak jadi cmtu?? Haa..means kan, d important things,

Berusungguh- sungguhlah anda dalam membuat sesuatu.
Siapa rajin, dia dapat habuannya. Lebih usaha, lebih ganjaran.
Rezeki di dunia dapat, pahala ibadah pun dapat.
Kunci utama, kita mesti sentiasa IKHLAS, IKHLAS dan IKHLAS.
InsyaAllah.. cukup la merepek kerepek. :)

Tp mmg betul jgk tau.. Ada la kes ni kn (orgnya dirhsiakan la..amek pngjaran jerk), tiap kali dia mengeluh yg dia kerja penat,teruk dsb, tiap kali tu jgk la dia akan dpt accident lepas2 tu. Nah, kan byk duit trbg tu bila keta accident kan? Banyak lagi cnth sbnrnya, yg pnting bak kata Nabil, LU PIKIR LA SENDIRI! heee..