LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Sunday, April 3, 2011

SMLM GEMPA BUMI LAGI?!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. - Surah Al- A'raaf,7: 25

Baru2 ni, gempa bumi berlaku di Jepun, kemudian Myanmar..
Kini, Indonesia dan Di Fiji plak!
Menurut kenyataan akhbar Jbtn Meteorology Malaysia yg d keluarkan pada 3 april 10.30 malam:

Gempa Bumi Kuat di Kepulauan Fiji
Pada 3 April 2011, 10 : 07 malam
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richter telah
berlaku di Kepulauan Fiji pada 10:07 malam. Pusat gempa bumi
terletak di 17.6º Selatan dan 178.6º Barat, 7351 km dari Tenggara
Kunak, Sabah
.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini
dan akan memaklumkan yang terkini.
Berita asal : JMM


Dan yang kedua :

Menurut kenyataan akhbar Jbtn Meteorology Malaysia yg d keluarkan pada 4 April ,4.30 pagi :

Gempa Bumi Kuat di Selatan Jawa, Indonesia
Pada 4 April 2011, 04 : 07 pagi
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter telah
berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada 04:07 pagi. Pusat gempa
bumi terletak di 9.9º Selatan dan 107.6º Timur, 1336 km dari
Tenggara Johor Bharu, Johor.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini
dan akan memaklumkan yang terkini.
Berita asal : JMM


Kredit to PIJUK for this latest info..

Teringat firman Allah dalam Surah Al- Mulk,67:16-17, jom semak..


"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa dia akan menjungkit balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba- tiba bumi itu bergoncang?, atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui (bagaimana) akibat mendustakan peringatan-Ku?"

Dalam Surah Al- A'raaf, ada ceritakan ketika Allah s.w.t menempakan gempa bumi terhadap kaum Nabi Musa yang berpaling dari ajaran Taurat dan mnyembah patung anak lembu,

maka ketika digoncangkan gempa bumi, Musa berkata, : "Ya Tuhanku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dengan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami kerana perbuatan orang- orang yang kurang akal di antara kami?Itu hanyalah cobaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau memberi petunjuk siapa yang Engkau kehendaki. Engkau yang memimpin kami maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik- baiknya. 7:155

Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." 7:156

Bersama kita bermohon ampun dan keselamatan kepada Allah s.w.t Penguasa langit dan bumi, hanya kepada-Nya tempat kita memohon pertolongan. Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Respon cerita saya :)