Sudah masuk 2013. Selamat Tinggal 2012. Betapa malasnya bercerita. hihi..
Pagi tadi buka mata seperti biasa, mengerjakan rutin pagi bersiap dan bergerak ke tempat kerja. Fuh! Hari pertama bekerja di tahun 2013. Masih belum terasa apa2..
Masuk ofis, semua pun wish new year. Pun masih belum rasa apa2. When we start work inside the production, somebody ask me, "So, apa azam baru?". Dengan kening yang berkerut, slumber mejungkit bahu, "Ntah.."
Tiba2 terfikir, tahun ini tidak macam tahun2 yang sebelumnya. Dulu siap pakai list! Ada target dan sebagainya. Tapi tahun ini? Isyh3...
Eheee... actually memang sudah ada setting azam pun. Bukan setakat 2013, tapi 2014, 2015, 2016 dan seterusnya pun sudah. Rasanya tidak perlu pun cerita azam2 kita. Kalau list, cakap itu ini pun tiada guna kalau tiada pelan tindakan, tiada perancangan. Yang lebih penting, apa perancangan kita untuk pastikan azam kita tercapai. Betul tidak? heee..
Bila diimbau kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2012, tersenyum sendiri saya. Banyak yang pahit, Banyak jugak manisnya .. :) Semua pun mengajar saya mengenal erti hidup, erti susah, erti sabar, erti bahagia dan sengsara. Bersyukurlah kita diberi ujian yang macam2, ujian tu la yang boleh jadi penguat kita di masa akan datang.
Apa2 pun, SELAMAT TAHUN BARU!! Bye!

0 comments:
Post a Comment
Respon cerita saya :)