LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Friday, May 11, 2012

DARK SHADOWS & TENOM OLDTOWN

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Menunggu bas. Perlu ka letak sini? bajet cute bha :P

Alhamdulillah. Last night I have a date with my Girlfrenz [Pijuk&Dyg]. Thanks to Dyg yang belanja tengok wayang! Kali ni kami tengok comedy movie, Dark Shadows. Lakonan Johnny Deep. 

Sangat best! Lucu! Ia menceritakan mengenai Pengamal ilmu hitam yang disumpah menjadi pontianak oleh seorang ahli sihir yang sangat mencintainya. Dia di kurung selama 200 tahun di dalam keranda dan akhirnya terlepas, lantas mencari keturunannya. Heee.. Selebihnya, kena tengok sendiri la kawan! Siapa tidak kenal John Deep! Sangat mencuit hati..







Lepas itu,macam biasa, makan time! Abis tgk wayang, kami ke Tenom OldTown. Having our dinner :)


Pijuk!!

Black Pepper Chicken Rice


Mee Basah Seafood [RM9.50]


 Not remember. Heeee.. [RM9.50]

Thanks to Dayang & Pijuk yang hiburkan saya malam semalam. Pye2!

Wednesday, May 9, 2012

CARI MAKAN AT HOME'S CAFE & RESTAURANT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang to all readers! Not much to share today. Actually pagi ini I'm very exciting to post an entry about tempat makan yang saya pergi after works last night. But then I realize that I left my phone at home T__T

Rasa saya, baru semalam saya post entry pasal tinggal phone masa ke office kan? Its happen pulak hari ni. Good! Haha..

K, just a short entry here. My housemate, CT and I went to 1Borneo last night. Lepas penat bekerja, we appreciated ourselves and having dinner outside. Kali ni, kami mengisi perut di HOME'S Cafe & Restaurant, 1B. Its great to be here. Layanan super awesome! Actually I'm the person that like others suggest me what to eat. Ngee..


credit to Mr. Google :)

The owner suggested me to eat Kam Heong Chicken Rice with Vegetables, sambal, soup and kicap cili . So, I try it. Not bad! Its nice~ Sangat sedap! Tak rugi jugak la walaupun I spend RM8.90++ for that menu :)



Actually HOMES restaurant ada buat Lunch promotion every Monday- Friday at 11am - 5 pm. It cost only RM6.90 [excluding service tax charge], including drink, Ice Lemon Tea.. Super cheap kan? Hereby the menu for that promotion:


  • Chicken  Porridge + Ice Lemon Tea (RM4.90)
  • Curry Mee +  Ice Lemon Tea
  • Marmite Chicken Rice +  Veg + Ice Lemon Tea
  • Kam Heong Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Sweet & Sour Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Salad Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Prawn Mee +  Ice Lemon Tea
  • Nasi Lemak +  Ice Lemon Tea
  • Salted Fish Fried Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Curry Lamb Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Grilled Fish Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Sesame Chicken Rice + Veg + Ice Lemon Tea





So, what are you waiting for? Serbu la HOMES tu.Heehe.. That alls! Pye2!

Tuesday, May 8, 2012

MOOD PAGI PENENTU MOOD SEHARI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Setiap kali bangun tidur, yang paling penting dan perlu dijaga adalah mood.Mood pagi menggambarkan mood kita sepanjang hari tersebut. Percaya tidak? 

Cuba bayangkan, kita lewat bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja atau ke kuliah atau ke tempat2 yang sepatutnya kita rancang. Pastinya semua akan jadi kelam kabut! dan perkara tersebut membuat kita bakal terlupa beberapa perkara. Mungkin dalam perjalanan, kita baru sedar yang telefon bimbit tinggal di rumah. Damn! what should you do?! Sampai office, kena marah sebab datang lambat. Ditambah lagi dengan perut berkeroncong. Segera dapatkan dompet untuk ke cafe. Bertambah bengang bila dompet yang dicari tidak jumpa dan rupanya dompet juga tinggal di rumah! Hahaha!

Dalam keadaan seperti ini, rasa2 semua kerja dapat beres hari tu? no, no, no! Kebanyakan orang rasa terganggu dan terus takda mood untuk semua benda. Kena2 hari pulak due date tugasan! Grrr.. Me? Sometimes la.. :) But still can handle bha. Kih3..

Jadi, untuk kita semua, don't just sit and layan mood yang tidak bagus tu! Do something! 
Manage our stress properly k.. :)


MODE: BENGANG! 3 hari ini punch card merah seja. Heheeeee...~

P/S ----> Nasib tiada yang marah2. Tiada juga barang yang tinggal. Sebenarnya ada, pouch make up tinggal.Grrrrr So, moral of the story, make sure malam before tidur prepare all the things that u want to bring to ur office. Kita tidak tau apa kejadian yang bakal berlaku besok pagi. Jangan seja transformer SESB terbakar lagi suda la..hehe.. Sign..~ Pye2!

Monday, May 7, 2012

KISAH SI PENJUAL KEREPEK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kembali ke tempat kerja setelah ber'cuti'an 9 hari.. Office lengang. Tiada apa yang best.

Alhamdulillah, sampai di K.K subuh tadi. TQ to my bro yang ambil subuh2. Heee.. Wanna share a story here. Actually semalam masuk kali ke-2 terserempak dengan seorang budak ni. Dia hanyalah seorang penjual kerepek di check point Sandakan- KK..

Bagi saya budak ni istimewa. Di usia muda sepertinya, dia sudah mula berniaga dan mencari nafkah hidup sendiri dan mungkin jugak untuk keluarganya. Waktu bekerjanya bukan saja di siang hari seperti kita, tapi dia sanggup berjaga malam untuk menjual makanan di dalam bas ekspres. Seringkali dia dimarahi oleh orang ramai. Wajahnya hanya senyum, terkadang sedikit takut terpancul. Bagi saya dia seorang pemuda tabah..

Berbeza cerita dengan kita. Di usia sepertinya, kita tidak bekerja. Malah masih disara oleh orang tua kita. Malam kita indah. Kita punya pelajaran, punya wang untuk bersekolah. Saya yakin, dia juga seperti kita. Ingin ke menara gading, ingin capai cita- cita dan punya kerjaya sendiri.

Melihat keadaan pemuda tu, saya rasa bersyukur. Seringkali kita rasa susah dan teruji, seringkali kita mengeluh kerana penat dengan hidup, tapi kita lupa di sekeliling kita, masih ramai lagi yang sakit, derita dan penat dengan mainan hidup. Tapi mereka tetap tidak pernah berputus asa, tidak pernah menangis. Mereka terus berusaha untuk hidup. Masih tidak berputus asa untuk sesuap nasi.

Mungkin kita punya masalah berbeza dengannya, tapi keperitan yang dirasa sebenarnya lebih kurang sama. Kekuatan juga yang harus kita bina. Teringat kata-kata kakak saya bila saya bersedih dulu,

"Kalau pun mau menangis, menangislah. Tapi tidak bermakna kita kena berputus asa. 
Setiap ujian yang datang, pasti punya sebab untuk kita. Bukan kerana ingin menyusahkan kita, tapi untuk menguatkan kita"

Janji Allah s.w.t pasti. Dia pasti menurunkan kesusahan kepada kita dengan sebab. Yang pastinya ianya menjanjikan sesuatu yang manis di depan sana. Percaya pada Allah, bergantunglah pada Allah, Mintalah kekuatan dari Allah. InsyaAllah kebahagiaan bersamamu. Cukup dengan kita bersabar, dan redham InsyaAllah ada sesuatu yang indah buat kita di hadapan sana..

Mode: T__T


Saturday, May 5, 2012

I NEED..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hari yang sukar untuk saya. Hal ini berulang kali terjadi. Saya tidak pernah minta untuk jadi begini. Saya langsung tidak harap akan jadi begini.

Moga Allah sentiasa menguatkan saya. Sentiasa ada bersama saya. Sentiasa melapangkan hati saya. Moga Allah sentiasa hadir dalam setiap keputusan saya. Its hard to explain. Very hard to accept. Very confusing.

Saya perlu ruang utk bernafas, perlu ruang untuk berfikir, perlu ruang untuk membuat keputusan.

I NEED YOU ....

TSH, TSH, TSH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hye  guys. How are today? Amacam cuaca? Ada panas kah, atau sejuk kah? Tawau panas gila eh..
Semalam, saya buat sedikit survey utk KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM BIDANG PERLADANGAN & PERTANIAN. Salah satu destinasi pilihan saya, TSH RESOURCES BERHAD.


I glad to be there. I love TSH working environment. Very desirable, inspiring and I can feel an energy inside the building. Teringin mau jadi one of them. Especially in Biotech. Tissue Culture utk Oil Palm. I love the industry damn much! Harap suatu masa dapat ceburi jugak..

Itu seja pun cerita saya. I just impressed dengan TSH dan simpan angan2 sikit Hee.... Sekian seja. Pye2

Tuesday, April 3, 2012

MY CAREER 2 : WORLD FORESTRY DAY, ROADSHOW UMS AND POSTGRADUATE WORKSHOP

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah, almost 2 months I work here.. Just want to share what we have done and joined with SPTA, UMS :)

World Forestry Day, 27 & 28 March 2012
On 27 March, my team (ANGKATAN HEBAT) include Dr. Andy, Dr. Tamer, Mr. Affendy, Mr. Yusuf and me. We have Orienteering game! Ala2 Explorace mcm tu. Sekitar UMS. I enjoyed! Especially part kena berenang dalam tasik yg berbau busuk near to the nursery! Yakkk!! In the morning, we had aerobic which I joined too. Cute..~




28 March, we have World Forestry Day SPTA, UMS 2012 ceremony. Malas bha cerita.. Enjoy the pic :)

Petugas2 Majlis. With Murni :)

Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah


Antara Pelajar Sekolah Rendah yang memeriahkan majlis.
Lengkap berbaju pengakap giteww~


Antara lukisan yang menarik perhatian saya


Hasil kerja pelajar SPTA

World Forestry Day berakhir di situ. For weekend plak, kami terlibat untuk menjadi urusetia Bengkel Pengajian Pascasiswazah di Nove Hotel, 1 Borneo, KK Sabah dan Persiapan untuk Majlis Penutupan Roadshow UMS, 2012. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program. Sangat penat.Tapi pengalaman banyak dapat. Bye! heeeee...

"TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROVERSI DAN BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI. SELAMAT BEKERJA SEMUA!"

Monday, April 2, 2012

PULAU MANUKAN 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkara yang paling menyedihkan oleh para blogger adalah bila banyak idea, ada mood bercerita tapi tiada masa terluang utk update semua benda2 tu. Same goes to me, as my Senior (Kak Mas) said, 'because life is too short". Banyak benda kena buat since kerja ni..

Anyway, semalam My Sis Ain and also her friend blanja I pegi Pulau Manukan. They were very excited to snookling in the sea. So, saya accompany diorang. Kali ni saya tak mandi. Just jadi Tour Guide so that I can take a lot of picture there :)

This is the third time I went to Pulau Manukan. Different mood. Different Feeling. I just want to rilex and appreciate myself after done all the duty and handling Workshop and Roadshow UMS 2012. The cost not bad jugak bha. Sewa bot pulang balik, tax and yuran masuk tu semua just spend about RM20/head seja. Kalau yang mau snookling, RM35/head. Tu dah termasuk lifejacket and snookle tu la.. :)


Cuaca sangat baik semalam. Tapi tetap panas dan buat kulit muka pedih2 gitew. Nasib baik tak mandi, kalau mandi laut, confirm sunburn teruk. Because my skin is hypersensitive to sun right now, although I already used Sunblock! I choose untuk bersabar dan tahan hati seja tengok keseronokan orang lain..


Anyway, enj0y my photos. I think this place is very suitable for you that like to photoshoot..

Just focus at the pulau semua k. No need to comment bout the model.hahaha..

Betul2 gaya Saloma :P


Too weird bha ni tapi pemandangan cantik :)

Akar2 kayu ni memang cantik :)

Merenung alam. Gendutnya!!




Ni sepupu sepapat saya dari Canada..
Just kidding! :P

Thats all! Nanti kita cerita2 lagi.. Lastly, I hope I can bring my parents pegi sini. Mesti diorang suka :)
Till then, Pye- pye! Assalamualaikum..

Monday, February 20, 2012

CAREER STORY 1: NEW ENVIRONMENT :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


1 week already.. :)

1 minggu jugak la busy tidak dpt update apa2. Tgh lunch bha ni.. busy betul? tidak la jugak. Cuma sibuk sesuaikan diri dengan keadaan d tempat kerja baru, kawan2 baru, rumah baru, suasana baru..


13 Februari, 2012 tu, report duty di UMS. 1st time la jalan kaki puuunya main jauh rasa. Berbeza dengan UMK, takda la begitu besar sampai setengah jam berjalan kaki dari 1 sekolah /fakulti ke 1 sekolah/fakulti. Syukur la jugak. Tapi orang kata, "nak cari kebaikan memang susah, so kena la sabar untuk dapat ganjaran baik di kemudian hari"


Hari pendaftaran di Dewan Canselori UMS


Lawatan ke Muzium UMS

Saya ditempatkan di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA). Hari pertama, selamat lagi coz semua pun dihantar oleh pihak PHI. Masalah datang keesokan harinya, kena berjalan kaki hampir setengah jugak la untuk sampai ke SPTA dari gate luar. 

Setakat ni, byk jugak la yg telah dibuat.. Samada xtvt dlm UMS ataupun luar. Lets c...


Tugasan pertama di Jabatan: Siapkan banner Maulidurrasul :)


Di samping itu, dapatlah berkenalan dengan semua staff dan lecturer dlm Jabatan ni.. :)


Sambutan Maulidurrasul peringkat UMS di Dewan Canselor :)




Sambutan Maulidurrasul peringkat Taman Sepanggar di Surau Aj- Jannah :)

Habis program tu, rehat dan menghabiskan masa sepanjang petang untuk lepak2 ngan Pijuk :)

Hari ini, budak2 UMS sudah start kuliah balik. UMS suda tidak sunyi mcam minggu2 lepas. Meriah gitewwww.. To adik2 dan kakak2 abg2 yg masih menuntut di UMS, Selamat Belajar. Heeee... Bye!

Friday, February 10, 2012

GEMS TRAINING PART 2 AT UMS :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Already 3 days bermalasan menghupdate entry. 2 ari lepas, saya sudah dpt tmpt untuk training part 2 GEMS program. Nampaknya 6 bulan ni, kena bertugas di UMS. Masa bertugas adalah 13 Feb - 31 July 2012.

Rumah sewa sudah selesai. Terima kasih kepada rakan2 TAGAL ku. heee.. Seperti dalam perjanjian, kami akan tinggal bersama lagi..

Sudah packing barang2 yg perlu di bawa. Sedih bha tinggalkan bumi Tawau!

Tiada mood mau update apa2 sudah ni skrg. Bye!

Tuesday, February 7, 2012

INTERVIEW: PREPARE? CONFIDENT WITHOUT KNOWLEDGE?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah, around 9.30 am pagi tadi, masa tengah2 sapu rumah kan, I got a called from Rastamas. They asked me to attend interview session that morning. Ya Allah! Pagi tu dapat call, pagi tu jugak kena attend that interview. Gelabah! my latest CV? my related document? my certificates? my revision bout the post? semua kena fikir.. Try print kat rumah ni, tiba2 plak Tuhan bagi ujian kecik, printer tu buat hal plak. Padahal semalam ok seja! Tmbh nebes! Tengok jam, ada stgh jam lagi before 11.00 am. Tarik nafas panjang, rilex dan pergi bersiap!

Pengajaran 1: ALWAYS BE READY!!!

Sampai depan Rastamas, org dari office called and I directly went there, fill up the form and pastikan semua dokumen lengkap, without hard copy CV :) First thing, kena confident. Nampak muka ni confident gila dah ni :P

Lepas stgh jam menunggu, interview session pun start. Lebih kurg stgh jam jugak la dalam conference room tu. I didn't expect that all the ques were details! Semua benda dah belajar pun yg di tanya tu, but the things, maybe less revision! Benda yg sudah belajar 2 tahun lepas mau di revise? Hmm.. nampak sangat dulu belajar untuk exam :'(


Pengajaran 2: Knowledge is power. Confident without knowledge is nothing. :P

In conclusion, as usual, apa2 pun jadi lepas ni, dapat atau tidak, tu benda no.2. Experience lagi penting. Kalau dapat, itu rezeki dan saya mesti bersyukur. Kalau tidak, bersabar dan usaha lagi :)

Sunday, February 5, 2012

POWER!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca!

Doing nothing at home. Just did some research and a little bit of practice for my interview session next week. Oh ya, tadi saya download cerita Hafalan Shalat Delisa. So habiskan masa petang dengan movie tu la. Sedih, insaf! Memang menarik untuk tatapan umum. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Bagi kita rasa bersyukur yang amat sangat kerana masih boleh hidup dengan aman di dunia ni, biar sudah berbuat dosa. Tanda Allah masih bagi ruang untuk kita bertaubat la ni :)

Heee.. entry ni bukan la bercerita tentang HSD tu, tapi Sometimes I feel down, I feel like my life is suck, too many problem, too many things to think, frustrated with someone, feel not being appreciated and bla bla bla.. TERUK BETUL INI PEREMPUAN! But, but, but.... I always set in my mind, always pray and always think POSITIVE! For me...


Allah s.w.t love me. That is why He always test me. Because He always want me to learn and be strong eva!

Friday, February 3, 2012

SUFFER IN SILENT!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Seperti yang saya janjikan, saya berusaha untuk terus menulis :)

ANDA MAU JADI SEPERTI INI?


Entry kali ni, kita cerita mengenai SUFFER IN SILENT atau dlm Bahasa Melayu, SENGSARA DLM DIAM. Sesuai? heeee... 1st time saya dengar that words, daripada bibir our Site Manager during GEMS program (Sir Hj. Ibrahim Bin Muhamad). Beliau tidak suka orang yang suffer in silent ni. Rugi..

Kenapa rugi? Pernah tidak dengar "Katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit untuk ditelan". Haaa.. kira lebih kurang la. Tapi yang ni lain sikit sebab selain daripada patut menyuarakan kebenaran, kita juga harus berani untuk menyatakan setiap pendapat dan idea kita.

Jangan pernah takut/ bimbang akan penerimaan orang lain. Mana tahu, apa yang kita suarakan sebenarnya baik di mata orang lain jugak. Kalau pun tidak diterima oleh orang lain, sekurg- kurgnya kita boleh merasa lega sebab sudah perkatakan apa yang kita mahu kan? Nanti, tidak la ada ayat ni keluar,

"Ish, menyesal aku tak cakap! Aku pun tau benda tu!"

"Alamak, kenapa la aku tak cadangkan benda tu semalam masa meeting? aku rasa idea aku tu memang sesuai! Menyesal pulak.."

Haaaa.. betul kan? kita ni sebenarnya banyak idea dan mampu suarakan apa2 pendapat. Cuma, bezanya, ada yang berani, ada yang tidak. Come on la guys! Lets change! Speak Out!

ROCK YOUR TONGUE WITH IDEAS AND OPINION!

Ngam ka tu? heee... Pye- pye!


Tuesday, January 31, 2012

(::::::::: KROK~::::::)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Pembaca yang dihormati,

Harap maaf. Sudah lama tidak update ni blog. Too busy with life. Dalam kata lain, malas. Blogwalking juga jarang. Ini membuatkan saya ketinggalan dalam semua perkara. Baiklah, saya insaf. Mari bersihkan! Yihiii...

(Back to the mode)

Since September,2011 memang tidak pernah update entry. Rasa tidak syiok la sebab tidak share apa2.. Sekarang just duduk rumah, sebab baru habis training with GEMS di Borneo Paradise Beach Hotel for 2 months. So I just want to revise sikit la apa yang berlaku sepanjang tempoh tu.. :)

K, 1stly on September. Alhamdulillah, grad already. I felt great sbb my parents ke negeri Kelantan, tanah tumpah keringatku :)


Family & I at UMK. Mak (baju kurung biru) dan ayah (baju kuning)

On October, had some interviews yang semuanya tidak berjaya. Kecuali 2, GEMS and 1 lagi tu di negeri lain. So, tawaran ditolak.

On Nov, 2011 I went to training program with GEMS as I mentioned before. Fuh! Saaaaangat tidak menyesal join program ni. Actually program ni nak bantu graduasi2 di seluruh Malaysia untuk ENHANCE EMPLOYABILITY. Banyak modul yang disediakan within 2 months tu. I tell you guys, memang tak rugi pun. Lebih kurang 208 grad participants join program ni. Untuk Borneo Site la. Lain2 site d peninsular saya tidak tau la plak :P


Hari ke-2 program. Office attire. Bersama Teah (Black shawl)


Malam pertama (Induction Session) bersama Roomate. Masih malu2 sebab baru kenal :P


Look at pearl Corporation. Ranking no.1 giteeww~


Nasyid Competition (Pearl Company with Trainers) at Dining Hall


Pearl Corporation. Always leading!


Bersedia untuk projek Rakit!

Naaaaa..kan rakit terbaik! Bersedia untuk bertanding di laut yang bergelora! Yeah!


Within 2 months tu, sempat jgk ke Manukan Island bersama Shar & Pijuk tersayang :)


Selain tu, saya juga berbesar hati sebab dapat roomate2 yg SUPER GORGEOUS & AWESOME inside n outside :) A lot of things we already share. Bilik tu tak pernah sekalipun senyap kecuali ketiadaan orang di dalam nya. (Maaf, penulisan adalah hambur bila bercerita tntg mereka.hehe)


Right after breakfast at Dining Hall


Red Carpet, sebelum Corporate Dinner at Balai dunia Ilmu Hall

Then, after 2 months, we grad from the training. Balik ke pangkuan keluarga di Tawau dan berehat seketika memandangkan sudah 2 bulan tidak punya rehat yang cukup berikutan aktiviti GEMS yg sungguh tough n pack sambil menunggu placement practical work yg smpai hari ini belum ada lagi dapat2..

SEKIAN