LOVE STORY IN ----->

Pages

R

Live Your Life

:)

Friday, May 25, 2012

MY REAL CAREER

BISMILLAHIRRAHAMANIRRAHIM....

Dengan katil yang belum berkemas, dengan bilik yang masih beterabur, saya nak jugak update entry before saya jalan- jalan ke KK. Heeee..

Ini tentang berita yang sungguh menggembirakan hati saya semalam. Rasanya ramai jugak yang tau nih. About my new career. 1st Real Career. Alhamdulillah.. Akhirnya Allah s.w.t telah membuka 1 lagi pintu rezeki buatku. Berkat doa mak bapak, cikgu-cikgu, pensyarah- pensyarah, kawan-kawan, sanak saudara semua. Terima Kasih semua! Thanks Allah!

Bakal menjadi warga Semporna.4 Jun 2012 adalah hari pertama saya bakal bertugas bersama Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd. I think this company is popular in Sabah especially Tawau area. For 1st month ni, saya akan training di Tawau Plant. So, banyak benda kena belajar nih. Jangan hairan la kalau lepas2 nih, saya byk post pasal keeerja seja. But my working life kebanyakannya private & confidential. Ada benda yang boleh dan tidak boleh dipamerkan.

Biarpun kerja saya tidak la setanding kawan2 yang bekerja sebagai doktor, engineer dan lain2 tapi saya bersyukur sebab masih ramai lagi yang menganggur di luar sana. Saya doakan yang lain-lain pun akan dapat kerja juga ar..Hari ni hari saya,besok hari kamu plak.. Amin.. :)

So, untuk warga SPTA. TQ atas setiap tunjuk ajar semua dan Minta Maaf kalau ada terkasar dan tersalah sepanjang saya bertugas. Kepada officer2 yang perna bawak dan belanja makan, jasamu ku kenang. Jadi darah daging tu makanan. so mustahil saya lupa kamu semua. Heee..

Bye~




Thursday, May 24, 2012

BYE-BYE YUSUF: INTRODUCING 2HUMBLEGRAPHY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam Jumaat! Yang jejaka kacak di luar sana, jangan lupa remind diri. Hari ni hari Jumaat! Jangan buat- buat lupa pulak pegi Solat Jumat ar..hehe..Saya sedang mencari mood kerja. Maklumlah, kalau suda hari Jumaat, ada rasa malas sedikit datang [Isyh3, tak baik tau..].

Semalam adalah hari yang sedikit sedih untuk warga SPTA. Ada Jamuan Perpisahan untuk Kak Kiah dan Yusuf. Kak Kiah ni orang lama d SPTA. Sebelum ni, beliau bertugas d UKM. Pernah mengajar Dr. Patawari Patawe jugak [perlukadimentiondisini?] haha.. Saya tidak berapa rapat dengan Kak Kiah memandangkan dia tidak bertugas di bahagian saya. Tapi petugas di bahagian makmal dan pensyarah2 pastinya sangat merasa kepergian beliau.

Dan kepada Yusuf yang banyak bantu kami dalam banyak hal. Tau2 seja kami ni staf baru, mesti banyak benda yang kami tidak tau.

Kasi interframe sikit muka dia nih. Haaaa...


Tadaaaaa!!! Ini la Yusuf SPTA tu.hua3..


He's very talented. Especially dalam bidang videographing, photographing and also design. Saya suka hasil kerja dia. Sangat cantik I give u some example..



Ini Photoshoot yang suka- suka kali :)


  Yang ini Outdoor photoshoot perkahwinan Alif n Ev



Ini drift ntah d mana. sekitar Kota Kinabalu jugak kot..




Ini band mana ar..hehe




Hijab Street

Cantik kan? Jadi, kalau siapa-siapa yang ingin berkahwin atau ada apa-apa majlis, contact la Team diorg nih.. Especially yang tinggal d area Kota Kinabalu dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya. Selain dari ni, diorg ada buat short video jugak tau.. contohnya ini..Sila klik,



Menarik kan? Untuk mengetahui dan melihat hasil kerja diorg yang lain, sila layari laman sesawang mereka.

[FB] Sila klik dan tekan butang like di sini -----> 2HUMBLEGRAPHY 

                    [BLOG/WORDPRESS] Sila klik di sini -----> BAJUITAMPHOTOGRAPHY 

Am I good in promoting him?Memang hasil kerja diorg ni bagus. Apa2 pun, saya ucapkan TAHNIAH untuk mereka.

pye2!

Wednesday, May 23, 2012

CERITAKU CERITAMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Rasa tidak lengkap kalau tiada update apa- apa dalam sehari. Today is Thursday. Tomorrow is Friday. Saturday is holiday. Yeah! Saya suka cuti panjang- panjang yang sambung- sambungan ni. As we know,  30-31 Mei ini Sabah bercuti-cutian sempena Hari Kaamatan. Kopovosian Tadau Tagazo do Kaamatan!! Aiiit, automatik la kan boleh speak Kadazan. Heee... Tadau Kaamatan sangat sinonim dengan Unduk Ngadau [Pertandingan Ratu Cantik]. Di mana gadis- gadis akan memperagakan pakaian tradisional sabah. Hmmm.. Teringat Unduk Ngadau di Tawau tahun lepas. Cuba cari mana 1 saya di bawah ni...



Jumpa? Mesti tidak kan? sebab memang tiada saya di sana. Hahahahaha.. peace! [Sekadar Gambar Hiasan].. Ini Unduk Ngadau di Daerah Tawau yang saya pun tidak pergi. Credit to Tawau Bloggers :)


 I decided to go back to my lovely kampung this weekend and directly continue my cuti till hujung bulan ni memandangkan 1 Jun kena turun kerja. Ada tugasan penting yang menuggu. 

Menyelam, berenang dalam air ni favourite saya, terutama bila stress. Tapi kita merancang, Tuhan seja yang menentukan. Inilah mungkin petanda kenapa saya mimpi menyelam semalam. So, kali ni, I will get my medicine at Tawau. Family!!!! Yiihaaa!

Nothing more.. Pye2!




Tuesday, May 15, 2012

LIBRESSE TERBAIK!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Lunch time semalam, Masni and I went out to UMS library, having our lunch. On our way pergi library cafe utk makan, kami singgah untuk tengok promotion daripada LIBRESSE. Tengok saja LIBRESSE, directly saya bayangkan YUNA. Heee..

Kami dipelawa untuk join Libresse punya site d FB. Just liked :) mudah saja. Kemudian they give us a sample box of pad + pantiliner. Ada semua jenis sample pad. Bagi saya, Libresse ni produk yang bagus. Banyak positive feedback yang saya dengar mengenai produk ini. Memang selesa untuk di pakai :)

 Sampel yang diberi pun kita boleh pilih, 
either yang unscented (tiada pewangi) or scented (ada pewangi).  



Selain tu, saya turut tertarik dengan big promotion yang diorg adakan di sana. I am the one yang 'terbeli' promo set diorg. 4RM10 untuk 4 jenis pad or pantiliner. Memang jimat. So, I choose 1 packet of maxi wing, 2 packet of superslim pantiliner and 1 packet of slim pad. Actually got Overnight and Maxi without wing jugak tapi I am the yang bukan heavy flow during period so no need overnight. And saya tidak pilih maxi without wing because I am an active lady.


Actually ada 4. Tapi saya just pilih 3 jenis :)


Hee.. for u gurls, that is very important for us to choose the right pad or pantiliner. 1 petua jugak, mcm iklan carefree (Scha Alyahya) tu, we should always use pantiliner to keep us clean and fresh :)

So, jika group LIBRESSE ke tempat anda, jangan sesekali lepaskan peluang. Di samping boleh berjimat, anda juga boleh mencuba sesuatu yang baru :)

Monday, May 14, 2012

MOTHER'S DAY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Macam yang kita semua tahu, semalam HARI IBU. Masing- masing berdialog bersama orang sekeliling,

"sudah wish ibu?"

ERmm, me? saya tiada ucap pulak semalam. Tidak tahu kenapa. Saya bukanlah jenis yang ucap2 nih. Saya lagi suka bagi hadiah terus. Heee.. I Love My Mom a lot but I am a person that can't shows my love to her. :) Normally, saya lagi suka wish or shows my appreciation on my befday. Because she the one that sacrificed to save my life and our parents the one that give a lot of care and love until today :)

Wish or not, that is not important. The important is we must always pray for her and our beloved father everyday. Not only on Mother's or Father's Day. We must learn how to appreciate them everyday. not only that day. And, I should learn how to shows my love to them also.

SIGN.. Pye2!

Saturday, May 12, 2012

SIJIL KAHWIN!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum, hye readers! Selamat berhari minggu! Sudah pasti hari ini adalah hari yang di tunggu tiap minggu. Cuti! Weeee~

Hari ni cuma duduk di rumah sambil packing barang, tengok cerita hindi dan menuju ke kediaman baru. Just a quick update. Sudah siap berkursus. Sudah dapat sijil. So, saya sudah boleh kawin :) Kih3..


pye2!

Friday, May 11, 2012

DARK SHADOWS & TENOM OLDTOWN

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Menunggu bas. Perlu ka letak sini? bajet cute bha :P

Alhamdulillah. Last night I have a date with my Girlfrenz [Pijuk&Dyg]. Thanks to Dyg yang belanja tengok wayang! Kali ni kami tengok comedy movie, Dark Shadows. Lakonan Johnny Deep. 

Sangat best! Lucu! Ia menceritakan mengenai Pengamal ilmu hitam yang disumpah menjadi pontianak oleh seorang ahli sihir yang sangat mencintainya. Dia di kurung selama 200 tahun di dalam keranda dan akhirnya terlepas, lantas mencari keturunannya. Heee.. Selebihnya, kena tengok sendiri la kawan! Siapa tidak kenal John Deep! Sangat mencuit hati..







Lepas itu,macam biasa, makan time! Abis tgk wayang, kami ke Tenom OldTown. Having our dinner :)


Pijuk!!

Black Pepper Chicken Rice


Mee Basah Seafood [RM9.50]


 Not remember. Heeee.. [RM9.50]

Thanks to Dayang & Pijuk yang hiburkan saya malam semalam. Pye2!

Wednesday, May 9, 2012

CARI MAKAN AT HOME'S CAFE & RESTAURANT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang to all readers! Not much to share today. Actually pagi ini I'm very exciting to post an entry about tempat makan yang saya pergi after works last night. But then I realize that I left my phone at home T__T

Rasa saya, baru semalam saya post entry pasal tinggal phone masa ke office kan? Its happen pulak hari ni. Good! Haha..

K, just a short entry here. My housemate, CT and I went to 1Borneo last night. Lepas penat bekerja, we appreciated ourselves and having dinner outside. Kali ni, kami mengisi perut di HOME'S Cafe & Restaurant, 1B. Its great to be here. Layanan super awesome! Actually I'm the person that like others suggest me what to eat. Ngee..


credit to Mr. Google :)

The owner suggested me to eat Kam Heong Chicken Rice with Vegetables, sambal, soup and kicap cili . So, I try it. Not bad! Its nice~ Sangat sedap! Tak rugi jugak la walaupun I spend RM8.90++ for that menu :)



Actually HOMES restaurant ada buat Lunch promotion every Monday- Friday at 11am - 5 pm. It cost only RM6.90 [excluding service tax charge], including drink, Ice Lemon Tea.. Super cheap kan? Hereby the menu for that promotion:


  • Chicken  Porridge + Ice Lemon Tea (RM4.90)
  • Curry Mee +  Ice Lemon Tea
  • Marmite Chicken Rice +  Veg + Ice Lemon Tea
  • Kam Heong Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Sweet & Sour Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Salad Chicken Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Prawn Mee +  Ice Lemon Tea
  • Nasi Lemak +  Ice Lemon Tea
  • Salted Fish Fried Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Curry Lamb Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Grilled Fish Rice + Veg +  Ice Lemon Tea
  • Sesame Chicken Rice + Veg + Ice Lemon Tea





So, what are you waiting for? Serbu la HOMES tu.Heehe.. That alls! Pye2!

Tuesday, May 8, 2012

MOOD PAGI PENENTU MOOD SEHARI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Setiap kali bangun tidur, yang paling penting dan perlu dijaga adalah mood.Mood pagi menggambarkan mood kita sepanjang hari tersebut. Percaya tidak? 

Cuba bayangkan, kita lewat bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja atau ke kuliah atau ke tempat2 yang sepatutnya kita rancang. Pastinya semua akan jadi kelam kabut! dan perkara tersebut membuat kita bakal terlupa beberapa perkara. Mungkin dalam perjalanan, kita baru sedar yang telefon bimbit tinggal di rumah. Damn! what should you do?! Sampai office, kena marah sebab datang lambat. Ditambah lagi dengan perut berkeroncong. Segera dapatkan dompet untuk ke cafe. Bertambah bengang bila dompet yang dicari tidak jumpa dan rupanya dompet juga tinggal di rumah! Hahaha!

Dalam keadaan seperti ini, rasa2 semua kerja dapat beres hari tu? no, no, no! Kebanyakan orang rasa terganggu dan terus takda mood untuk semua benda. Kena2 hari pulak due date tugasan! Grrr.. Me? Sometimes la.. :) But still can handle bha. Kih3..

Jadi, untuk kita semua, don't just sit and layan mood yang tidak bagus tu! Do something! 
Manage our stress properly k.. :)


MODE: BENGANG! 3 hari ini punch card merah seja. Heheeeee...~

P/S ----> Nasib tiada yang marah2. Tiada juga barang yang tinggal. Sebenarnya ada, pouch make up tinggal.Grrrrr So, moral of the story, make sure malam before tidur prepare all the things that u want to bring to ur office. Kita tidak tau apa kejadian yang bakal berlaku besok pagi. Jangan seja transformer SESB terbakar lagi suda la..hehe.. Sign..~ Pye2!

Monday, May 7, 2012

KISAH SI PENJUAL KEREPEK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kembali ke tempat kerja setelah ber'cuti'an 9 hari.. Office lengang. Tiada apa yang best.

Alhamdulillah, sampai di K.K subuh tadi. TQ to my bro yang ambil subuh2. Heee.. Wanna share a story here. Actually semalam masuk kali ke-2 terserempak dengan seorang budak ni. Dia hanyalah seorang penjual kerepek di check point Sandakan- KK..

Bagi saya budak ni istimewa. Di usia muda sepertinya, dia sudah mula berniaga dan mencari nafkah hidup sendiri dan mungkin jugak untuk keluarganya. Waktu bekerjanya bukan saja di siang hari seperti kita, tapi dia sanggup berjaga malam untuk menjual makanan di dalam bas ekspres. Seringkali dia dimarahi oleh orang ramai. Wajahnya hanya senyum, terkadang sedikit takut terpancul. Bagi saya dia seorang pemuda tabah..

Berbeza cerita dengan kita. Di usia sepertinya, kita tidak bekerja. Malah masih disara oleh orang tua kita. Malam kita indah. Kita punya pelajaran, punya wang untuk bersekolah. Saya yakin, dia juga seperti kita. Ingin ke menara gading, ingin capai cita- cita dan punya kerjaya sendiri.

Melihat keadaan pemuda tu, saya rasa bersyukur. Seringkali kita rasa susah dan teruji, seringkali kita mengeluh kerana penat dengan hidup, tapi kita lupa di sekeliling kita, masih ramai lagi yang sakit, derita dan penat dengan mainan hidup. Tapi mereka tetap tidak pernah berputus asa, tidak pernah menangis. Mereka terus berusaha untuk hidup. Masih tidak berputus asa untuk sesuap nasi.

Mungkin kita punya masalah berbeza dengannya, tapi keperitan yang dirasa sebenarnya lebih kurang sama. Kekuatan juga yang harus kita bina. Teringat kata-kata kakak saya bila saya bersedih dulu,

"Kalau pun mau menangis, menangislah. Tapi tidak bermakna kita kena berputus asa. 
Setiap ujian yang datang, pasti punya sebab untuk kita. Bukan kerana ingin menyusahkan kita, tapi untuk menguatkan kita"

Janji Allah s.w.t pasti. Dia pasti menurunkan kesusahan kepada kita dengan sebab. Yang pastinya ianya menjanjikan sesuatu yang manis di depan sana. Percaya pada Allah, bergantunglah pada Allah, Mintalah kekuatan dari Allah. InsyaAllah kebahagiaan bersamamu. Cukup dengan kita bersabar, dan redham InsyaAllah ada sesuatu yang indah buat kita di hadapan sana..

Mode: T__T


Saturday, May 5, 2012

I NEED..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hari yang sukar untuk saya. Hal ini berulang kali terjadi. Saya tidak pernah minta untuk jadi begini. Saya langsung tidak harap akan jadi begini.

Moga Allah sentiasa menguatkan saya. Sentiasa ada bersama saya. Sentiasa melapangkan hati saya. Moga Allah sentiasa hadir dalam setiap keputusan saya. Its hard to explain. Very hard to accept. Very confusing.

Saya perlu ruang utk bernafas, perlu ruang untuk berfikir, perlu ruang untuk membuat keputusan.

I NEED YOU ....

TSH, TSH, TSH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hye  guys. How are today? Amacam cuaca? Ada panas kah, atau sejuk kah? Tawau panas gila eh..
Semalam, saya buat sedikit survey utk KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM BIDANG PERLADANGAN & PERTANIAN. Salah satu destinasi pilihan saya, TSH RESOURCES BERHAD.


I glad to be there. I love TSH working environment. Very desirable, inspiring and I can feel an energy inside the building. Teringin mau jadi one of them. Especially in Biotech. Tissue Culture utk Oil Palm. I love the industry damn much! Harap suatu masa dapat ceburi jugak..

Itu seja pun cerita saya. I just impressed dengan TSH dan simpan angan2 sikit Hee.... Sekian seja. Pye2

Tuesday, April 3, 2012

MY CAREER 2 : WORLD FORESTRY DAY, ROADSHOW UMS AND POSTGRADUATE WORKSHOP

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah, almost 2 months I work here.. Just want to share what we have done and joined with SPTA, UMS :)

World Forestry Day, 27 & 28 March 2012
On 27 March, my team (ANGKATAN HEBAT) include Dr. Andy, Dr. Tamer, Mr. Affendy, Mr. Yusuf and me. We have Orienteering game! Ala2 Explorace mcm tu. Sekitar UMS. I enjoyed! Especially part kena berenang dalam tasik yg berbau busuk near to the nursery! Yakkk!! In the morning, we had aerobic which I joined too. Cute..~




28 March, we have World Forestry Day SPTA, UMS 2012 ceremony. Malas bha cerita.. Enjoy the pic :)

Petugas2 Majlis. With Murni :)

Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah


Antara Pelajar Sekolah Rendah yang memeriahkan majlis.
Lengkap berbaju pengakap giteww~


Antara lukisan yang menarik perhatian saya


Hasil kerja pelajar SPTA

World Forestry Day berakhir di situ. For weekend plak, kami terlibat untuk menjadi urusetia Bengkel Pengajian Pascasiswazah di Nove Hotel, 1 Borneo, KK Sabah dan Persiapan untuk Majlis Penutupan Roadshow UMS, 2012. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program. Sangat penat.Tapi pengalaman banyak dapat. Bye! heeeee...

"TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROVERSI DAN BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI. SELAMAT BEKERJA SEMUA!"

Monday, April 2, 2012

PULAU MANUKAN 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkara yang paling menyedihkan oleh para blogger adalah bila banyak idea, ada mood bercerita tapi tiada masa terluang utk update semua benda2 tu. Same goes to me, as my Senior (Kak Mas) said, 'because life is too short". Banyak benda kena buat since kerja ni..

Anyway, semalam My Sis Ain and also her friend blanja I pegi Pulau Manukan. They were very excited to snookling in the sea. So, saya accompany diorang. Kali ni saya tak mandi. Just jadi Tour Guide so that I can take a lot of picture there :)

This is the third time I went to Pulau Manukan. Different mood. Different Feeling. I just want to rilex and appreciate myself after done all the duty and handling Workshop and Roadshow UMS 2012. The cost not bad jugak bha. Sewa bot pulang balik, tax and yuran masuk tu semua just spend about RM20/head seja. Kalau yang mau snookling, RM35/head. Tu dah termasuk lifejacket and snookle tu la.. :)


Cuaca sangat baik semalam. Tapi tetap panas dan buat kulit muka pedih2 gitew. Nasib baik tak mandi, kalau mandi laut, confirm sunburn teruk. Because my skin is hypersensitive to sun right now, although I already used Sunblock! I choose untuk bersabar dan tahan hati seja tengok keseronokan orang lain..


Anyway, enj0y my photos. I think this place is very suitable for you that like to photoshoot..

Just focus at the pulau semua k. No need to comment bout the model.hahaha..

Betul2 gaya Saloma :P


Too weird bha ni tapi pemandangan cantik :)

Akar2 kayu ni memang cantik :)

Merenung alam. Gendutnya!!




Ni sepupu sepapat saya dari Canada..
Just kidding! :P

Thats all! Nanti kita cerita2 lagi.. Lastly, I hope I can bring my parents pegi sini. Mesti diorang suka :)
Till then, Pye- pye! Assalamualaikum..

Monday, February 20, 2012

CAREER STORY 1: NEW ENVIRONMENT :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


1 week already.. :)

1 minggu jugak la busy tidak dpt update apa2. Tgh lunch bha ni.. busy betul? tidak la jugak. Cuma sibuk sesuaikan diri dengan keadaan d tempat kerja baru, kawan2 baru, rumah baru, suasana baru..


13 Februari, 2012 tu, report duty di UMS. 1st time la jalan kaki puuunya main jauh rasa. Berbeza dengan UMK, takda la begitu besar sampai setengah jam berjalan kaki dari 1 sekolah /fakulti ke 1 sekolah/fakulti. Syukur la jugak. Tapi orang kata, "nak cari kebaikan memang susah, so kena la sabar untuk dapat ganjaran baik di kemudian hari"


Hari pendaftaran di Dewan Canselori UMS


Lawatan ke Muzium UMS

Saya ditempatkan di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA). Hari pertama, selamat lagi coz semua pun dihantar oleh pihak PHI. Masalah datang keesokan harinya, kena berjalan kaki hampir setengah jugak la untuk sampai ke SPTA dari gate luar. 

Setakat ni, byk jugak la yg telah dibuat.. Samada xtvt dlm UMS ataupun luar. Lets c...


Tugasan pertama di Jabatan: Siapkan banner Maulidurrasul :)


Di samping itu, dapatlah berkenalan dengan semua staff dan lecturer dlm Jabatan ni.. :)


Sambutan Maulidurrasul peringkat UMS di Dewan Canselor :)




Sambutan Maulidurrasul peringkat Taman Sepanggar di Surau Aj- Jannah :)

Habis program tu, rehat dan menghabiskan masa sepanjang petang untuk lepak2 ngan Pijuk :)

Hari ini, budak2 UMS sudah start kuliah balik. UMS suda tidak sunyi mcam minggu2 lepas. Meriah gitewwww.. To adik2 dan kakak2 abg2 yg masih menuntut di UMS, Selamat Belajar. Heeee... Bye!

Friday, February 10, 2012

GEMS TRAINING PART 2 AT UMS :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Already 3 days bermalasan menghupdate entry. 2 ari lepas, saya sudah dpt tmpt untuk training part 2 GEMS program. Nampaknya 6 bulan ni, kena bertugas di UMS. Masa bertugas adalah 13 Feb - 31 July 2012.

Rumah sewa sudah selesai. Terima kasih kepada rakan2 TAGAL ku. heee.. Seperti dalam perjanjian, kami akan tinggal bersama lagi..

Sudah packing barang2 yg perlu di bawa. Sedih bha tinggalkan bumi Tawau!

Tiada mood mau update apa2 sudah ni skrg. Bye!